Wednesday, July 1, 2015

TRANFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT MENYOKONG AGENDA TRANFORMASI NEGARA

         Transformasi pengangkutan awam darat dinyatakan dalam agenda transformasi negara secara
keseluruhan yang dipandu oleh Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program
Transformasi Ekonomi (ETP) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Semua program
tersebut bermatlamat merealisasikan aspirasi dari segi sosioekonomi di bawah Wawasan
2020.
Oleh itu, Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (Rancangan Induk Negara) ini
bertujuan menyokong usaha Malaysia ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi
dengan menyediakan transformasi pengangkutan awam darat berimpak tinggi. Rancangan
tersebut menyediakan strategi yang komprehensif bagi mencapai visi untuk menjadikan
pengangkutan awam darat sebagai pilihan mobiliti rakyat menjelang tahun 2030.
PENGANGKUTAN AWAM DARAT SEBAGAI PILIHAN MOBILITI RAKYAT
Rancangan Induk Negara menetapkan siri tindakan yang akan meningkatkan penggunaan
pengangkutan awam darat di Malaysia. Objektifnya ialah mencapai perkongsian mod
pengangkutan awam darat sebanyak 40 peratus di kawasan bandar, meningkatkan akses di
kawasan luar bandar yang kurang liputan, serta meningkatkan kesalinghubungan antara
kawasan.
Bagi mencapai objektif tersebut, Rancangan Induk Negara menumpukan perhatian kepada
langkah untuk meningkatkan kesalinghubungan, tahap perkhidmatan dan keselesaan,
memendekkan tempoh perjalanan, serta memastikan kemampanan sistem pengangkutan
awam darat.
Dasar makro dan prinsip dalam Rancangan Induk Negara menjadi panduan kepada semua
inisiatif yang akan dilaksanakan oleh pelbagai agensi dan pihak berkuasa di seluruh negara. 2
Secara keseluruhannya, inisiatif ini akan menyediakan penyelesaian bersepadu kepada isu
pengangkutan awam darat seluruh negara.


           SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DARAT KELAS PERTAMA
MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN SOSIAL DAN EKONOMI
Data terdahulu di Malaysia dan seluruh dunia menunjukkan korelasi antara pertumbuhan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan peningkatan mobiliti berikutan peningkatan
dalam jumlah kependudukan, pekerjaan dan aktiviti ekonomi yang mempunyai keperluan
mobiliti yang lebih tinggi. Dalam konteks ini, sistem pengangkutan awam darat kelas pertama
penting dalam mencapai matlamat seperti yang digariskan dalam ETP kerana enam peratus
pertumbuhan tahunan atau 3.3 juta pekerjaan baharu akan dijanakan menjelang tahun 2020.
Permintaan perjalanan kenderaan meningkat daripada 13 juta perjalanan sehari pada 1991
kepada 40 juta pada tahun 2010. Unjuran trend di Malaysia menunjukkan, angka ini dijangka
akan mencecah sehingga 133 juta pada 20301
. Dengan pembandaran dijangka mencapai 70
peratus menjelang 2020, terdapat keperluan untuk menyediakan aliran yang cekap dan lancar,
yang seterusnya membolehkan pertumbuhan kawasan bandar baru melalui peningkatan
sambungan.
Pengangkutan awam darat memainkan peranan yang penting sebagai pemangkin dalam
memacu dan membentuk pertumbuhan ekonomi bagi memenuhi permintaan yang semakin
meningkat. Penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang berkesan berpotensi
untuk membuka kelompok pertumbuhan bandar baharu, meningkatkan daya tarikan
kelompok bandar sedia ada, serta memacu pembaharuan bandar.
Terdapat kesan limpahan yang positif akibat daripada pertambahan aktiviti ekonomi yang
dibangunkan hasil pembangunan sistem rangkaian pengangkutan awam darat yang maju yang
menghasilkan peluang pekerjaan dan perniagaan dalam ekonomi tempatan dengan kerjasama
industri lain, seperti pengiklanan, peruncitan dan pembangunan hartanah.
Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam pemilikan kereta dan
motosikal di seluruh negara. Peningkatan ini membuktikan bahawa negara kita semakin
maju. Walaupun secara jelasnya persekitaran semasa di negara kita memperlihatkan
penggunaan kenderaan persendirian sebagai alternatif penyelesaian kepada mobiliti,
kemampanan dan keterangkuman pembangunan ekonomi dan sosial, rakyat tidak boleh terus
bergantung pada kenderaan persendirian. Secara amnya, penggunaan pengangkutan awam
lebih berpatutan dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, sekali gus dapat menangani
masalah pencemaran akibat daripada penggunaan kenderaan persendirian di jalan raya. Hal
ini memberikan penekanan kepada peranan sistem pengangkutan awam darat agar dapat
memenuhi keperluan mobiliti dan kesalinghubungan yang berkaitan rapat dengan agenda
pembangunan sosial dan ekonomi.


       SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DARAT MALAYSIA TELAH
BERKEMBANG MENGIKUT MASA
Kemajuan penyediaan pengangkutan awam darat penting untuk diambil kira kerana
kepentingan pengangkutan awam darat secara keseluruhan dalam agenda pembangunan
negara. Pembangunan infrastruktur telah menyumbangkan peningkatan yang kukuh kepada
penumpang serta menawarkan penyelesaian pengangkutan awam darat berimpak tinggi

Sumber: http://www.spad.gov.my

PENGANGKUTAN AWAM DI KUALA LUMPUR

Pengangkutan bas, rel dan teksi. kerajaan Malaysia telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan mutu dan kesediaadaan pengangkutan awam di Lembah Klang, termasuk membina aliran LRT baru.

Kini, cuma 16 peratus populasi menggunakan pengangkutan awam. Antara punca kadar penggunaan yang rendah ialah para komuter mendapati mutu perkhidmatan rendah. [1]

Isi kandungan  [sorokkan]
        1 Jenis pengangkutan
        2 Pengangkutan setempat
        2.1 Teksi
       2.2 Bas
       2.3 Rel
3 Stesen transit
3.1 Perjalanan antara bandar
4 Peraturan
5 Lihat juga

PANDUAN HARGA PENGANGKUTAN AWAM DI KUALA LUMPUR

Setiap yang hidup di Kuala Lumpur pasti masak dan akan mengeluh bila mengenangkan tentang keadaan kesesakan lalulintas di sini.  Tugas kerajaan untuk mengurangkan kesesakan ini adalah dengan memperkenalkan sistem dan menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam lebih-lebih lagi di bandar metropolitan Kuala Lumpur.
Pelbagai jenis pengangkutan awam boleh didapati di Kuala Lumpur dan sedia digunakan oleh warganya untuk memudahkan pergerakan setiap hari tanpa perlu membawa sendiri kenderaan.  Salah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan jumlah kenderaan diatas jalan raya.
Walaupun namanya pengangkutan awam, anda tidak boleh menaikinya secara percuma. Semestinya anda perlu membayar untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju. Persoalannya ialah berapa yang perlu dibayar? Disini kami akan terangkan kepada anda tentang jenis pengangkutan awam di Kuala Lumpur, harganya serta perkongsian pengalaman kami menggunakan perkhidmatan awam di ibu negara.

A. Transit Aliran Ringan atau LRT

Putra_LRTLRT atau lebih popular dengan panggilan Tren.
Warga kota senang menggunakan perkataan tren untuk merujuk kepada perkhidmatan LRT yang mempunyai tiga jenis aliran iaitu Aliran Ampang (LRT STAR), Aliran Kelana Jaya (LRT PUTRA) dan Aliran Monorel yang boleh membawa anda ke destinasi-destinasi utama sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.Harga yang dikenakan adalah berbeza mengikut destinasi anda. Walaubagaimanapun, ianya masih dalam kategori berpatutan sehingga menjadi pilihan ramai warga kota sebagai pengangkutan alternatif untuk ke tempat kerja selain dapat menjimatkan wang.
monorailMonorail di Kuala Lumpur
Faktor masa juga antara fokus utama yang membuatkan ramai selesa menaiki tren kerana ianya lebih menepati masa, cuma, jika hujan, anda akan mendapati pergerakan tren akan lebih perlahan dan perlu menunggu lebih lama. Pengguna aktif selalunya membeli kad Season Pass dimana ianya tidak mempunyaiPurse Value, sebaliknya mempunyai tempoh sah penggunaan selama sebulan, boleh didapati pada harga RM100 (tren sahaja atau bas sahaja) dan RM150 (gabungan tren dan bas).
star lrtLRT Star, tren pertama yang diperkenalkan di Malaysia
Selain dari itu, anda juga boleh membeli token tren dari mesin layan diri yang telah disediakan di setiap stesen laluan tren. Cuma ikut arahan mudah dan sediakan wang yang mencukupi, anda siap untuk menikmati perjalanan menaiki tren!
tokenToken LRT dan Monorail
Ini bermaksud anda bebas untuk menggunakan perkhidmatan ini kemana-mana sahaja pada waktu perkhidmatan tanpa perlu risau tentang caj perjalanan. Bagi warga emas yang berusia 60 tahun dan keatas, anda boleh mendapatkan Kad Rabbit yang memberikan diskaun 50% untuk setiap perjalanan bas, tren dan monorail. Sedikit nota kepada pengguna tren, ada masa anda perlu menukar laluan anda tidak kiralah aliran Ampang ke aliran Kelana Jaya mahupun aliran monorel, penting untuk anda menyemak arah laluan anda. Antara stesen yang membolehkan anda menukar aliran adalah stesen Masjid Jamek, stesen Hang Tuah dan stesen KL Sentral.

B. KTM Komuter

ktm komuterKTM Komuter
Komuter merupakan perkhidmatan keretapi transit yang disediakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Komuter sudah lama diperkenalkan tetapi sentiasa mengalami isu masa. Ada masa, pengguna perlu menunggu terlalu lama untuk menaiki komuter, lebih-lebih lagi pada waktu pagi yang juga merupakan waktu puncak. Namun, pada harga tiket yang murah, KTM menjadi pilihan untuk pergi ke tempat-tempat yang tidak diliputi oleh perkhidmatan LRT. Pengguna kerap memilih kemudahan e-tiket untuk membeli tiket bagi perjalanan jauh.
ladies coachKoc Wanita di KTM Komuter
Kini, KTM Komuter mempunyai koc berwarna merah jambu, khas untuk pengguna wanita. Komuter bergerak lebih lambat dari tren, agak lama untuk sampai ke destinasi. Walaupun komuter lebih senior dari tren, tetapi masih banyak kemudahan perlu dipertingkatkan lagi. Yang terbaru adalah KTM i-Card yang membolehkan anda mendapatkan tiket pada harga konsesi tetapi ada terma dan syaratnya.

C. ERL / KLIA Ekspres

KLIA_Express
Ini merupakan pengangkutan dibawah kendalian Ekspress Rail Link Sdn. Bhd. yang memaparkan kecanggihan dari segi kelajuan, ketepatan masa dan keselesaan. Harga tiket ERL sedikit mahal dimana bagi perjalanan terus dari KL Sentral menuju KLIA, kosnya adalah RM35.00 (dewasa). Jika anda mahu cepat dan tidak kisah membayar harga tersebut, silakan. Tetapi kami ada helah untuk mereka yang ingin berjimat dan mempunyai kelonggaran masa.
Caranya ialah dengan membeli tiket menuju Salak Tinggi (RM12.50), turun di Stesen Salak Tinggi kemudian beli tiket lain menuju KLIA (RM3.20). Kos keseluruhan telah dikurangkan lebih 50% menjadi hanya RM15.70. Walaupun mengambil masa lebih lama kerana perkhidmatan transit bermaksud ERL akan berhenti di setiap stesen dalam laluan untuk mengambil dan menurunkan penumpang, rasanya masih berbaloi, kan?

D. Bas Awam

bas mini
Pengangkutan ini sudah sebati dengan warga kota sejak dahulu lagi; bas mini, bas Intrakota, bas Metro dan RapidKL. Kini mutu perkhidmatan bas awam telah banyak dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan pengguna yang membayar perkhidmatan tersebut. Kombinasi tren dan bas, monorel dan bas ataupun komuter dan bas untuk sampai ke destinasi sudah menjadi perkara biasa di Kuala Lumpur. Pada tambang permulaan sebanyak RM1, ianya adalah murah dan mudah.
Untuk memberi lebih kemudahan, pengguna Bas Rapid tidak perlu membayar dengan tunai (jika mahu) dengan hanya menggunakan kad MyRapid (bas) dan disentuh pada mesin sensor dalam Bas Rapid. Mesin sensor itu juga boleh membaca kad Touch n Go. Berikut adalah jadual tambang bas RapidKL:
Perkhidmatan Bas
Tambang Dewasa
Tambang Kanak-kanak / Warga Emas
UTAMARM1.00 (1 zon)
RM1.90 (2 zon)
RM2.50 (3 zon)
RM3.00 (4 zon dan seterusnya)
RM0.50 (1 zon)
RM0.90 (2 zon)
RM1.20 (3 zon)
RM1.50 (4 zon dan seterusnya)
BANDARRM1.00RM0.50
TEMPATANRM1.00RM0.50
EKSPRESRM3.80RM1.90
Dipetik dari laman web RapidKL. Harga tambang adalah benar pada 10 April 2015.
Apabila menaiki bas awam, anda perlu mengagak yang akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan harus menjangka tentang kemungkinan kelewatan. Kelebihan bas awam ialah ia boleh membawa anda sehingga ke tempat paling ceruk.
Selain dari itu, terdapat juga perkhidmatan bas percuma untuk ke destinasi tertentu; Mid Valley, Paradigm Mall Kelana Jaya, IPC Shopping Centre. Bas hijau (Perkhidmatan Bas Percuma di Petaling Jaya) membawa anda ke sekitar Petaling Jaya secara percuma. Anda boleh mencuba Go KL City Bus yang memberikan perkhidmatan percuma untuk ke tempat-tempat sekitar pusat bandar Kuala Lumpur pada empat laluan utama iaitu :
  • KL Sentral - Medan MARA - KL Sentral
  • Medan MARA - Bukit Bintang - Medan MARA
  • KLCC - Bukit Bintang - KLCC
  • Pasar Seni - Bukit Bintang - Pasar Seni

E. Teksi

teksi

Bagi warga kota, sebolehnya mereka mengelak menggunakan perkhidmatan teksi kerana dibimbangi akan ditipu pemandu teksi yang mengenakan tambang lebih mahal dari biasa. Ini memang selalu kita dengar dan sedikit sebanyak mencalar reputasi pemandu teksi yang jujur dan amanah. Selain dari itu, ada juga isu keselamatan lebih-lebih lagi bagi pengguna wanita.
Walaubagaimanapun, tak semua begitu, lebih ramai yang bekerja sebagai pemandu teksi untuk mencari rezeki dan menghargai pelanggan yang mengupah mereka untuk memandu ke tempat yang ingin dituju.
Tambang baru teksi baru berkuatkuasa dimana menurut SPAD, ianya bersesuaian dengan kenaikan kos sara hidup masa kini serta kos-kos barang ganti yang membebankan pemandu teksi. Jadual kadar tambang teksi terbaru seperti yang dikeluarkan oleh SPAD:
kadar-tambang-teksi-01
Selain dari itu, pemandu teksi boleh mengenakan caj tambahan seperti berikut:
kadar-tambang-teksi-02
Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan teksi, lebih elok anda semak laluan perjalanan pada GPS (Googlemaps, Waze) supaya pemandu teksi tidak menggunakan laluan jauh seterusnya mengenakan bayaran tinggi kepada anda. Anda boleh juga mencuba aplikasi telefon pintar; MyTeksi ataupun Easy Taxi untuk menempah teksi yang mana ianya sangat mudah dan memberi banyak diskaun jika anda pengguna kerap.
Untuk makluman, tambang tren dan bas ekspres juga akan naik pada bulan Mei 2015, yang menjadi misteri adalah berapa pula kadar kenaikan kali ini.
Tidak salah untuk anda mencuba menggunakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, ianya dapat membantu mengurangkan kesesakan lalulintas dan mungkin anda boleh mengurangkan kos bulanan petrol anda.

Penafian : Tambang pengangkutan awam adalah tertakluk kepada perubahan mengikut masa dan pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang perubahan maklumat selepas artikel ini disiarkan. Namun, kami akan membuat kemaskini untuk kemudahan pembaca.  Untuk makluman, segala maklumat tambang yang terdapat dalam artikel ini adalah benar setakat 10 April 2015.




Sunday, June 28, 2015

DASAR DAN CADANGAN PENGANGKUTAN AWAM


UMUM
                              
Pengurusan Permintaan Perjalanan
                                 Jika trend semasa berterusan, perjalanan dengan berkereta pada tahun 2020 dijangka akan meningkat hampir dua kali ganda daripada tahun 1997. Meningkatkan keupayaan jalan dengan membina jalan baru dan memperluaskan jalan sedia ada, dalam jangka masa panjang, tidak lagi akan menyelesaikan masalah tetapi sekadar menangguhkannya sehingga lebih banyak jalan perlu dibina. Kebanyakan kawasan di Bandar Raya, terutama di Pusat Bandar Raya telah dibangunkan dan pengambilan balik tanah untuk pembinaan jalan adalah bertambah sukar dan mahal.
                                    DBKL sedang menyusun strategi Pengurusan Permintaan Perjalanan yang bertujuan untuk mengarah semula pola pergerakan daripada pengangkutan persendirian kepada pengangkutan awam dengan mengintegrasikan mod-mod pengangkutan, memperkembangkan dan mempromosikan pengangkutan awam dan tidak menggalakkan penggunaan pengangkutan persendirian. Sistem pengangkutan awam di Bandar Raya seharusnya dapat bersaing, selesa, mesra pengguna dan mudah sampai kepada semua golongan pendapatan.

Dasar:

TT 1: DBKL akan menentukan langkahlangkah Pengurusan Permintaan Perjalanan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak pihak berkuasa yang berkepentingan.

TT 2: DBKL akan melaksanakan program mengawal kenderaan persendirian untuk membaiki sirkulasi lalu lintas di Pusat Bandar Raya dengan tidak menggalakkan perjalanan berkereta dari dan ke Pusat Bandar Raya semasa waktu puncak dan menguatkuasakan langkah-langkah mengehadkan akses ke sesetengah kawasan di Bandar Raya.
                               
Pengurusan Sistem Lalu Lintas   
Bagi mengoptimumkan sistem pengurusan lalu lintas, sistem yang sedia ada perlu dipertingkatkan kepada satu sistem yang boleh memantau dan mengawal semua aspek pergerakan lalu lintas di Bandar Raya.

Dasar:

TT 3: DBKL akan meningkatkan sistem pengurusan lalu lintas.

                               
c)
Pembangunan Berorientasikan Transit
                                436.       
Satu objektif utama sektor pengangkutan ialah pengintegrasian guna tanah dengan pengangkutan dan membangunkan satu Strategi Pembangunan Berorientasikan Transit. Strategi ini dibincangkan secara terperinci dalam Bab 6: Guna Tanah dan Strategi Pembangunan, ia akan mempromosikan pembangunan intensif di sepanjang rangkaian rel. Sebarang rancangan penyambungan kepada rangkaian rel hendaklah menyokong dasar ini dengan memastikan stesen-stesen rel memberi khidmat langsung kepada pusat-pusat bandar terpilih.

Dasar:

TT 4: DBKL akan mewujudkan Zon Perancangan Transit bagi memudahkan intensifikasi kawasan kediaman, perdagangan dan pembangunan bercampur berorientasi transit di sekitar stesenstesen rel.


     PENGANGKUTAN AWAM
                               

Pentadbiran Pengangkutan Awam.       
Tumpuan yang semakin meningkat serta peruntukan perbelanjaan yang tinggi bagi pengangkutan awam memerlukan penyelarasan dan sokongan antara jabatan-jabatan kerajaan serta agensi-agensi lain yang terlibat. DBKL akan mengambil langkah-langkah untuk membantu menjayakan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pentadbiran pengangkutan awam.

Dasar:

TT 5: DBKL akan membantu menyelaras perancangan, pembangunan dan operasi pengangkutan awam dan halhal berkaitan dengan pengangkutan persendirian.

                               
b)
Integrasi Pengangkutan Awam
                                438.        Selaras dengan pelaksanaan dasar kerajaan, penekanan akan diberikan kepada penyediaan satu sistem pengangkutan awam yang bersepadu, fleksibel, pelbagai dan efisien berorientasikan kemudahsampaian dan keselesaan penumpang. Keutamaan dalam pendekatan ini ialah pengintegrasian mod-mod pengangkutan awam dengan pengangkutan persendirian. Dengan tersusunnya kemudahan pertukaran antara mod dan sistem tiket bersepadu, perjalanan penumpang akan menjadi lebih senang dan lancar.
                                439.       
Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di jalan tempatan, kemudahan penukaran bas dan rel utama serta kemudahan letak dan naik akan disediakan di pertemuan stesen rel dan jalan-jalan utama. Lokasi-lokasi penukaran yang dicadangkan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 10.3.

Dasar:

TT 6: DBKL akan membantu pelaksanaan dasar kerajaan berhubung dengan sistem pengangkutan awam bersepadu.


                                               

                               
c)
Pengangkutan Awam Berasaskan Rel
                                440.        Rangkaian rel merupakan cara yang paling efisien dalam menyediakan pengangkutan cepat berkapasiti tinggi. Rancangan jangka sederhana dan panjang bagi memperkenalkan sistem sistem rel lain seperti tram dan perkembangan rangkaian rel ke kawasan luar perlu dikaji setiap 10 tahun bagi menentukan daya kemungkinannya.
                                441.        Kawasan pertumbuhan utama di Kuala Lumpur kini telah mempunyai hubungan yang baik dengan Pusat Bandar Raya kecuali kawasan laluan timur-barat. Cadangan laluan baru LRT Damansara- Cheras yang akan menghubungkan kawasan pertumbuhan di sebelah timur dan barat akan dikaji bersama dengan laluan-laluan baru rel yang memberi perkhidmatan ke pusat daerah, kawasan pembangunan komprehensif dan kawasan pertumbuhan.
                                442.        Adalah juga dicadangkan supaya laluan STAR LRT dari stesen Sentul Timur disambung ke utara menghala Taman Wahyu dan ke barat menghala Kepong. Satu lagi laluan dari stesen Sri Petaling disambung ke barat bagi memberi perkhidmatan di sekitar Bukit Jalil.
                                443.        Sambungan bagi LRT dicadangkan dari stesen KL Sentral ke cadangan pusat daerah Bukit Indah. Kelima-lima laluan baru ini akan menambahkan jarak laluan sepanjang 41.9 kilometer.

Dasar:

TT 7: DBKL akan membantu dalam penyediaan kajian kemungkinan bagi penyambungan masa hadapan rangkaian rel dan menyelaras pelaksanaannya dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.
                               
d)
Perkhidmatan Bas
                                 444.       Bas akan kekal sebagai pengangkutan awam utama khususnya di luar Pusat Bandar Raya pada masa hadapan. Langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki kebolehpercayaan, liputan, keselesaan dan kesenangan perkhidmatan bas bagi meningkatkan penggunaannya.

Dasar:

TT 8: DBKL akan membantu menentukan langkah-langkah bagi membaiki perkhidmatan bas secara maksimum ke kawasan pertumbuhan, semua pusat pekerjaan dan perdagangan serta menyelaras dengan agensi-agensi dan pengusaha-pengusaha berkaitan.
                                445.        DBKL akan mengambil langkah-langkah untuk mewujudkan satu rangkaian terminal bas di Kuala Lumpur bagi bas dan koc yang memberi perkhidmatan berlainan untuk peringkat antarawilayah dan dalam-wilayah. Terminal-terminal ini akan diintegrasikan dengan sistem rel di stesen pertukaran multi-modal untuk memudahkan laluan ke Pusat Bandar Raya dan kawasan lain di Bandar Raya. Terminal perkhidmatan antara-wilayah akan dibangunkan di Gombak (untuk perkhidmatan ke timur), Bandar Tasik Selatan (untuk perkhidmatan ke selatan), Jalan Ipoh (untuk perkhidmatan ke utara dan stesen di KPK Jalan Duta (untuk perkhidmatan ke barat). Terminal Hentian Putra, Pasarama Kota dan Plaza Rakyat akan dijadikan terminal perkhidmatan dalam-wilayah. Terminal untuk perkhidmatan tempatan akan dibangunkan di beberapa lokasi sesuai dalam Bandar Raya (rujuk Rajah 10.4).

Dasar:

TT 9: DBKL akan melaksanakan satu rangkaian terminal bagi perkhidmatan bas antara-wilayah, dalam-wilayah dan tempatan.
                                               

                               
e)
Kereta dan Tempat Letak Kereta
                               
i.
Keadaan Semasa
                                446.       
Dengan mengawal penyediaan dan pengagihan kemudahan meletak kereta di Kuala Lumpur, DBKL boleh membantu mengukuhkan pengangkutan awam dan objektif Pengurusan Permintaan Perjalanan dengan menjadikan pengangkutan persendirian sesuatu yang kurang menarik berbanding dengan pengangkutan awam, khususnya di Pusat Bandar Raya. Ini boleh diperkukuhkan lagi dengan mengawal kos letak kereta di kawasan yang berbeza di Bandar Raya.


Dasar:

TT 10: DBKL akan mengawal penawaran kemudahan tempat letak kereta.

                               
f)
Teksi
                                447.        Memandangkan peranan penting teksi dalam menghidupkan aktiviti perniagaan dan perdagangan Bandar Raya, adalah mustahak untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dan kebolehpercayaannya. Bagi mencapai perkhidmatan pengangkutan awam secara menyeluruh, perkhidmatan teksi perlu dikembangkan dengan perkhidmatan yang inovatif dalam pasaran baru.

Dasar:

TT 11: DBKL akan membantu membaiki kebolehpercayaan dan penawaran perkhidmatan teksi dengan penyelarasan bersama agensi-agensi yang berkaitan
                10.4.3    PENGANGKUTAN PERSENDIRIAN
                               
a)
Motosikal
                                448.       
Ketika Kuala Lumpur berusaha untuk mewujudkan satu persekitaran hidup yang lebih bersih dan selamat, peranan motosikal dalam pengangkutan perlu dikaji. Pengguna motosikal merupakan peratusan yang besar yang akan menikmati faedah daripada sistem pengangkutan awam yang lebih komprehensif. Perspektif jangka masa panjang dalam pembangunan sistem pengangkutan awam akan memperlihatkan kepada menggalakkan pengguna motosikal untuk lebih menggunakan pengangkutan awam dan mengehadkan penggunaan motosikal di Pusat Bandar Raya hanya bagi pengguna-pengguna tertentu. Untuk jangka masa panjang, langkah-langkah untuk menggalakkan pengguna motosikal lebih menggunakan pengangkutan awam dan mengehadkan penggunaan motosikal di Pusat Bandar Raya hanya bagi pengguna-pengguna tertentu perlu dikaji.

                                449.       
Dalam jangka masa pendek dan sederhana, langkah-langkah akan dilaksanakan untuk meningkatkan keselamatan pengguna motosikal dan penguatkuasaan yang lebih ketat ke atas peraturan sedia ada.

Dasar:

TT 12: DBKL akan membantu dan menyelaras dengan agensi-agensi yang berkaitan dalam meningkatkan infrastruktur jalan bagi meningkatkan keselamatan pengguna motosikal.

                10.4.4    INFRASTRUKTUR JALAN
                               
a)
Pembangunan Jalan Baru
                                450.        Sistem jalan utama sedia ada, yang sedang dibina atau komited dikira telah mencukupi untuk keperluan Kuala Lumpur sehingga tahun 2020. Walau bagaimanapun dua jalan baru dicadangkan pada dasarnya untuk memperbaiki aliran lalu lintas ke dalam dan keluar Pusat Bandar Raya. Memandangkan masalah yang dihadapi untuk meningkatkan kapasiti jalan sedia ada di Pusat Bandar Raya dan kos yang tinggi untuk mendapatkan koridor baru, maka satu lebuh raya ekspres bawah tanah dicadangkan melalui Jalan Raja Chulan menghubungkan ke Jalan Lingkaran Dalam di sebelah timur.
                                451.       
Satu jalan pintasan dalam bandar juga dicadangkan, sebahagiannya melalui bawah tanah bagi menyediakan laluan terus dari Jalan Syed Putra di sebelah selatan Pusat Bandar Raya ke Jalan Dang Wangi (rujuk Rajah10.5 dan Jadual 10.3).

Dasar:

TT 13: DBKL akan menentukan program pembangunan jalan dan menyelaras dengan pihak pihak berkuasa yang berkaitan mengenai pelaksanaannya.

                                452.        Untuk keperluan masa hadapan, jika ada, pembinaan jalan-jalan baru perlu dikaji dalam konteks dasar-dasar am pengangkutan DBKL. Walau bagaimanapun, sebarang jalan baru haruslah menyokong dasar-dasar DBKL untuk menggalakkan pengangkutan awam dengan menyediakan peruntukan bagi kenderaan berpenumpang tinggi dan/atau laluan khas bas. Cadangan rizab rizab jalan ini hendaklah ditentukan dengan jelas bagi mengelakkan pencerobohan.
                                453.        Projek-projek penswastaan bagi jalan arteri perlu mematuhi cadangan rangkaian jalan dalam pelan struktur dan pelan tempatan dan tidak dirancang secara berasingan.

Dasar:

TT 14: DBKL akan memastikan agar jalanjalan utama yang dicadangkan dan komited dipertimbangkan dalam konteks perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih luas, pergerakan kenderaan barangan dan kesannya terhadap masyarakat dan alam sekitar.
                               
b)
Pembaikan Rangkaian Jalan Sedia Ada
                                454.       
Dalam usaha menyiapkan rangkaian jalan sedia ada, meningkatkan kapasiti dan melebarkan jalan-jalan sempit yang menyebabkan kesesakan, satu program pembaikan rangkaian jalan hendaklah dilaksanakan untuk menaik taraf jalan sedia ada ke jalan arteri, membina penyambung jalan terputus dan membaiki persimpangan (rujuk Rajah 10.5 dan Jadual 10.3).

Dasar:

TT 15: DBKL akan menentukan program pembaikan jalan dan menyelaras dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan mengenai pelaksanaannya.


                               
b)
Hierarki Jalan
                               
i.
Keadaan Semasa
                                455.       
Bagi tujuan pemantauan yang berkesan dan mengoptimumkan penggunaan sistem jalan sedia ada, status sebenar semua jalan sedia ada dan sistem hierarki jalan akan disemak semula.

Dasar:

TT 16: DBKL melaksanakan sistem klasifikasi hierarki jalan yang telah diperbaiki.


                                               


                                               


                10.4.5    PENGANGKUTAN BUKAN-MOTOR
                               
a)
Pejalan Kaki
                                456.        Dasar-dasar mengenai pejalan kaki dibincangkan di dalam Bab 14: Reka Bentuk Bandar dan Landskap.
                                457.        Satu persekitaran mesra pejalan kaki akan diwujudkan bagi seluruh Bandar Raya denganpenekanan khusus di Pusat Bandar Raya dan pusat-pusatbandar lain. Rangkaian pejalankaki di Pusat Bandar Raya akan menitikberatkan perhubungankemudahan pengangkutan awam dan menggabungkan elemen-elemen reka bentuk bandar. Satu cadangan taman di lingkaran PRT yang merentasi taman di bahagian barat Pusat Bandar Raya akan dihubungkan ke laluan PRT sedia ada dan menjadi pelengkap kepada rangkaian pejalan kaki.
                                458.        Perhatian khusus akan diberikan kepada kawasan di sekitar stesen tukaran pengangkutan utama bagi memastikan ia menggabungkan kemudahan-kemudahan yang membolehkannya mudah sampai kepada orang tua dan kurang upaya.

Dasar:

TT 17: DBKL akan menyediakan garis panduan dan piawaian bagi keperluan warga tua dan kurang upaya untuk diguna pakai pada rangkaian pejalan kaki, terminal dan stesen pengangkutan awam baru serta stesen-stesen pertukaran pelbagai mod.
                               
b)Basikal
                                               
Penggunaan basikal boleh dan harus terus digalakkan sebagai satu bentuk riadah dan sebagai satu alternatif pengangkutan persendirian bagi perjalanan pendek di kawasan perumahan dan rekreasi.

Dasar:

TT 18: DBKL akan membaiki rangkaian laluan basikal dan mempromosikan aktiviti berbasikal di kawasan perumahan dan rekreasi.

                10.4.6    PENGANGKUTAN BARANGAN
                                               
Tempat letak lori yang mencukupi bagi manfaat pemilik lori barangan berat yang tinggal di Bandar Raya akan disediakan supaya mereka tidak meletakkan kenderaan di kawasan perdagangan dan perumahan. Tempattempat letak lori ini akan juga mengandungi kemudahan-kemudahan untuk koc dan kenderaan binaan.

Dasar:

TT 19: DBKL akan menyediakan tempat letak kenderaan dan kemudahan tambahan untuk kenderaan barangan berat, koc dan kenderaan binaan di lokasilokasi yang sesuai di pinggir Bandar Raya

http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/malay/pengangkutan/index.htm#keperluan

ISU SEMASA PENGANGKUTAN AWAM


a)
Pecahan Mod Pengangkutan
                               
i.
Keadaan Semasa
                                385.        Dalam tempoh 1985 hingga 1997, pecahan mod pengangkutan awam telah berkurangan daripada 34.3 peratus kepada 19.7 peratus. Ini menunjukkan satu peralihan besar daripada pengangkutan awam, khususnya pengangkutan bas, sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan taraf hidup yang menyebabkan peningkatan kadar pemilikan kereta dan juga kemerosotan dalam perkhidmatan bas. Peningkatan pergantungan terhadap pengangkutan persendirian, khususnya kereta persendirian, telah mewujudkan tekanan yang tinggi terhadap rangkaian jalan raya dan
telah menyumbang kepada masalah kesesakan lalu lintas.
                               
ii.
Isu
                                                 • Pecahan mod pengangkutan awam yang rendah telah menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap infrastruktur jalan dan kesesakan lalu lintas.
                               
b)
Permintaan Perjalanan
                               
i.
Keadaan Semasa
                                386.       
Peningkatan taraf hidup dan penghijrahan keluar penduduk dari Kuala Lumpur sekali gus telah menyumbang kepada masalah kesesakan lalu lintas di Pusat Bandar Raya. Antara tahun 1980 dan 1997, bilangan penduduk Kuala Lumpur kekal pada kadar pertumbuhan 1.1 peratus manakala dari tahun 1985 hingga 1997, perjalanan berkereta telah bertambah pada kadar purata 4.2 peratus setahun di Wilayah Lembah Klang.

                                387.        Telah ternyata, walaupun bilangan penduduk Pusat Bandar Raya hanya merupakan 3.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Wilayah Lembah Klang, lebih kurang 19 peratus daripada 8.3 juta perjalanan setiap hari di Wilayah Lembah Klang adalah perjalanan yang dijana di Pusat Bandar Raya.
                                388.        Permintaan perjalanan yang tinggi sebahagian besarnya adalah melibatkan pengangkutan persendirian, khususnya kereta-kereta persendirian. Ini telah mengakibatkan kesesakan serta kemerosotan yang serius terhadap kelajuan perjalanan di jalan-jalan utama di kebanyakan tempat di Kuala Lumpur, terutamanya di Pusat Bandar Raya, dan juga di bahagian timur dan selatan, berpunca daripada jalan-jalan utama yang beroperasi pada atau melebihi keupayaan pada waktu puncak. Kenderaan berpenumpang rendah juga telah memburukkan lagi masalah ini.
                               
ii.
Isu
                                                • Permintaan perjalanan yang tinggi dari dan ke Pusat Bandar Raya ketika waktu-waktu puncak.
                               
c)
Pengurusan Lalu Lintas
                               
i.
Keadaan Semasa
                                389.       
Langkah-langkah pengurusan lalu lintas adalah bertujuan bagi mengoptimumkan infrastruktur sedia ada untuk mempertingkatkan keupayaan aliran supaya lebih responsif terhadap permintaan lalu lintas pada waktu yang berbeza.

                                390.        Pelbagai langkah telah berjaya dilaksanakan di Kuala Lumpur. Kaedah utama kawalan lalu lintas di Bandar Raya ketika ini adalah berasaskan sistem koordinasi isyarat lalu lintas kawasan berkomputer (SCATS/ITACA) yang beroperasi di 130 persimpangan, dibantu oleh polis trafik semasa waktu puncak. Perluasan sistem kawalan lalu lintas sedia ada berserta dengan penambahbaikan keupayaan sistem ini sedang dilaksanakan secara berperingkat.
                                391.        Langkah-langkah kawalan lalu lintas lain yang menyumbang kepada pengurusan lalu lintas di Kuala Lumpur termasuklah sistem jalan sehala, lorong berlawanan untuk meningkatkan keupayaan laluan pada waktu puncak, lorong eksklusif bagi bas dan teksi, denda ke atas kesalahan meletak kereta di bahu-bahu jalan dan peraturan mengawal kenderaan berat masuk ke Pusat Bandar Raya pada waktu puncak.
                                392.        Langkah-langkah tambahan lain yang ada kaitan dengan keselamatan jalan raya adalah melalui penggunaan papan-papan tanda, halangan-halangan, tanda-tanda garisan jalan dan jejantas pejalan kaki. Kempen kesedaran untuk pemandu dan pengeluaran lesen memandu yang lebih ketat juga merupakan penyumbang kepada pengurusan lalu lintas yang berkesan.
                               
ii.
Isu
                                393.        Walaupun langkah-langkah pengurusan lalu lintas telah banyak dilakukan untuk melicinkan aliran lalu lintas terutama di Pusat Bandar Raya, ianya tidak boleh berterusan untuk tempoh masa yang tidak menentu sekiranya permintaan lalu lintas di jalan-jalan terus meningkat.

• Langkah-langkah pengurusan lalu lintas sahaja tidak berkesan untuk meningkatkan tahap keupayaan jalan sedia ada.
                               
d)
Rangka Kerja Institusi Pengangkutan

                               
i.
Keadaan Semasa
                                394.       
Struktur institusi yang bertanggungjawab bagi pengangkutan bandar di Malaysia, khususnya, Kuala Lumpur dibahagikan di antara jabatan-jabatan persekutuan dan DBKL (rujuk Jadual 10.1).