UMUM
Pengurusan Permintaan Perjalanan
Jika trend semasa berterusan,
perjalanan dengan berkereta pada tahun 2020 dijangka akan meningkat hampir dua
kali ganda daripada tahun 1997. Meningkatkan keupayaan jalan dengan membina
jalan baru dan memperluaskan jalan sedia ada, dalam jangka masa panjang, tidak
lagi akan menyelesaikan masalah tetapi sekadar menangguhkannya sehingga lebih
banyak jalan perlu dibina. Kebanyakan kawasan di Bandar Raya, terutama di Pusat
Bandar Raya telah dibangunkan dan pengambilan balik tanah untuk pembinaan jalan
adalah bertambah sukar dan mahal.
DBKL sedang menyusun strategi Pengurusan
Permintaan Perjalanan yang bertujuan untuk mengarah semula pola pergerakan
daripada pengangkutan persendirian kepada pengangkutan awam dengan
mengintegrasikan mod-mod pengangkutan, memperkembangkan dan mempromosikan
pengangkutan awam dan tidak menggalakkan penggunaan pengangkutan persendirian.
Sistem pengangkutan awam di Bandar Raya seharusnya dapat bersaing, selesa,
mesra pengguna dan mudah sampai kepada semua golongan pendapatan.
Dasar:
TT 1: DBKL akan menentukan langkahlangkah Pengurusan
Permintaan Perjalanan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam
dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak pihak berkuasa yang berkepentingan.
TT 2: DBKL akan melaksanakan program mengawal kenderaan
persendirian untuk membaiki sirkulasi lalu lintas di Pusat Bandar Raya dengan
tidak menggalakkan perjalanan berkereta dari dan ke Pusat Bandar Raya semasa
waktu puncak dan menguatkuasakan langkah-langkah mengehadkan akses ke
sesetengah kawasan di Bandar Raya.
Pengurusan Sistem Lalu Lintas
Bagi mengoptimumkan sistem pengurusan lalu lintas, sistem
yang sedia ada perlu dipertingkatkan kepada satu sistem yang boleh memantau dan
mengawal semua aspek pergerakan lalu lintas di Bandar Raya.
Dasar:
TT 3: DBKL akan meningkatkan sistem pengurusan lalu lintas.
c)
Pembangunan Berorientasikan Transit
436.
Satu objektif utama sektor pengangkutan ialah
pengintegrasian guna tanah dengan pengangkutan dan membangunkan satu Strategi
Pembangunan Berorientasikan Transit. Strategi ini dibincangkan secara
terperinci dalam Bab 6: Guna Tanah dan Strategi Pembangunan, ia akan
mempromosikan pembangunan intensif di sepanjang rangkaian rel. Sebarang rancangan
penyambungan kepada rangkaian rel hendaklah menyokong dasar ini dengan
memastikan stesen-stesen rel memberi khidmat langsung kepada pusat-pusat bandar
terpilih.
Dasar:
TT 4: DBKL akan mewujudkan Zon Perancangan Transit bagi
memudahkan intensifikasi kawasan kediaman, perdagangan dan pembangunan
bercampur berorientasi transit di sekitar stesenstesen rel.
Pentadbiran Pengangkutan Awam.
Tumpuan yang semakin meningkat serta peruntukan perbelanjaan
yang tinggi bagi pengangkutan awam memerlukan penyelarasan dan sokongan antara
jabatan-jabatan kerajaan serta agensi-agensi lain yang terlibat. DBKL akan
mengambil langkah-langkah untuk membantu menjayakan pelaksanaan dasar-dasar
kerajaan berkaitan dengan pentadbiran pengangkutan awam.
Dasar:
TT 5: DBKL akan membantu menyelaras perancangan, pembangunan
dan operasi pengangkutan awam dan halhal berkaitan dengan pengangkutan
persendirian.
b)
Integrasi Pengangkutan Awam
438. Selaras dengan pelaksanaan dasar
kerajaan, penekanan akan diberikan kepada penyediaan satu sistem pengangkutan
awam yang bersepadu, fleksibel, pelbagai dan efisien berorientasikan
kemudahsampaian dan keselesaan penumpang. Keutamaan dalam pendekatan ini ialah
pengintegrasian mod-mod pengangkutan awam dengan pengangkutan persendirian.
Dengan tersusunnya kemudahan pertukaran antara mod dan sistem tiket bersepadu,
perjalanan penumpang akan menjadi lebih senang dan lancar.
439.
Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di jalan tempatan,
kemudahan penukaran bas dan rel utama serta kemudahan letak dan naik akan
disediakan di pertemuan stesen rel dan jalan-jalan utama. Lokasi-lokasi
penukaran yang dicadangkan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 10.3.
Dasar:
TT 6: DBKL akan membantu pelaksanaan dasar kerajaan
berhubung dengan sistem pengangkutan awam bersepadu.
c)
Pengangkutan Awam Berasaskan Rel
440. Rangkaian rel merupakan cara yang paling
efisien dalam menyediakan pengangkutan cepat berkapasiti tinggi. Rancangan
jangka sederhana dan panjang bagi memperkenalkan sistem sistem rel lain seperti
tram dan perkembangan rangkaian rel ke kawasan luar perlu dikaji setiap 10
tahun bagi menentukan daya kemungkinannya.
441. Kawasan pertumbuhan utama di Kuala
Lumpur kini telah mempunyai hubungan yang baik dengan Pusat Bandar Raya kecuali
kawasan laluan timur-barat. Cadangan laluan baru LRT Damansara- Cheras yang
akan menghubungkan kawasan pertumbuhan di sebelah timur dan barat akan dikaji
bersama dengan laluan-laluan baru rel yang memberi perkhidmatan ke pusat
daerah, kawasan pembangunan komprehensif dan kawasan pertumbuhan.
442. Adalah juga dicadangkan supaya laluan
STAR LRT dari stesen Sentul Timur disambung ke utara menghala Taman Wahyu dan
ke barat menghala Kepong. Satu lagi laluan dari stesen Sri Petaling disambung
ke barat bagi memberi perkhidmatan di sekitar Bukit Jalil.
443. Sambungan bagi LRT dicadangkan dari
stesen KL Sentral ke cadangan pusat daerah Bukit Indah. Kelima-lima laluan baru
ini akan menambahkan jarak laluan sepanjang 41.9 kilometer.
Dasar:
TT 7: DBKL akan membantu dalam penyediaan kajian kemungkinan
bagi penyambungan masa hadapan rangkaian rel dan menyelaras pelaksanaannya
dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.
d)
Perkhidmatan Bas
444. Bas
akan kekal sebagai pengangkutan awam utama khususnya di luar Pusat Bandar Raya
pada masa hadapan. Langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki
kebolehpercayaan, liputan, keselesaan dan kesenangan perkhidmatan bas bagi
meningkatkan penggunaannya.
Dasar:
TT 8: DBKL akan membantu menentukan langkah-langkah bagi
membaiki perkhidmatan bas secara maksimum ke kawasan pertumbuhan, semua pusat
pekerjaan dan perdagangan serta menyelaras dengan agensi-agensi dan
pengusaha-pengusaha berkaitan.
445. DBKL akan mengambil langkah-langkah
untuk mewujudkan satu rangkaian terminal bas di Kuala Lumpur bagi bas dan koc
yang memberi perkhidmatan berlainan untuk peringkat antarawilayah dan
dalam-wilayah. Terminal-terminal ini akan diintegrasikan dengan sistem rel di
stesen pertukaran multi-modal untuk memudahkan laluan ke Pusat Bandar Raya dan
kawasan lain di Bandar Raya. Terminal perkhidmatan antara-wilayah akan
dibangunkan di Gombak (untuk perkhidmatan ke timur), Bandar Tasik Selatan
(untuk perkhidmatan ke selatan), Jalan Ipoh (untuk perkhidmatan ke utara dan
stesen di KPK Jalan Duta (untuk perkhidmatan ke barat). Terminal Hentian Putra,
Pasarama Kota dan Plaza Rakyat akan dijadikan terminal perkhidmatan
dalam-wilayah. Terminal untuk perkhidmatan tempatan akan dibangunkan di
beberapa lokasi sesuai dalam Bandar Raya (rujuk Rajah 10.4).
Dasar:
TT 9: DBKL akan melaksanakan satu rangkaian terminal bagi
perkhidmatan bas antara-wilayah, dalam-wilayah dan tempatan.
e)
Kereta dan Tempat Letak Kereta
i.
Keadaan Semasa
446.
Dengan mengawal penyediaan dan pengagihan kemudahan meletak
kereta di Kuala Lumpur, DBKL boleh membantu mengukuhkan pengangkutan awam dan
objektif Pengurusan Permintaan Perjalanan dengan menjadikan pengangkutan
persendirian sesuatu yang kurang menarik berbanding dengan pengangkutan awam,
khususnya di Pusat Bandar Raya. Ini boleh diperkukuhkan lagi dengan mengawal
kos letak kereta di kawasan yang berbeza di Bandar Raya.
Dasar:
TT 10: DBKL akan mengawal penawaran kemudahan tempat letak
kereta.
f)
Teksi
447. Memandangkan peranan penting teksi dalam
menghidupkan aktiviti perniagaan dan perdagangan Bandar Raya, adalah mustahak
untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dan kebolehpercayaannya. Bagi mencapai
perkhidmatan pengangkutan awam secara menyeluruh, perkhidmatan teksi perlu
dikembangkan dengan perkhidmatan yang inovatif dalam pasaran baru.
Dasar:
TT 11: DBKL akan membantu membaiki kebolehpercayaan dan
penawaran perkhidmatan teksi dengan penyelarasan bersama agensi-agensi yang
berkaitan
10.4.3 PENGANGKUTAN PERSENDIRIAN
a)
Motosikal
448.
Ketika Kuala Lumpur berusaha untuk mewujudkan satu
persekitaran hidup yang lebih bersih dan selamat, peranan motosikal dalam
pengangkutan perlu dikaji. Pengguna motosikal merupakan peratusan yang besar
yang akan menikmati faedah daripada sistem pengangkutan awam yang lebih
komprehensif. Perspektif jangka masa panjang dalam pembangunan sistem
pengangkutan awam akan memperlihatkan kepada menggalakkan pengguna motosikal
untuk lebih menggunakan pengangkutan awam dan mengehadkan penggunaan motosikal
di Pusat Bandar Raya hanya bagi pengguna-pengguna tertentu. Untuk jangka masa
panjang, langkah-langkah untuk menggalakkan pengguna motosikal lebih
menggunakan pengangkutan awam dan mengehadkan penggunaan motosikal di Pusat
Bandar Raya hanya bagi pengguna-pengguna tertentu perlu dikaji.
449.
Dalam jangka masa pendek dan sederhana, langkah-langkah akan
dilaksanakan untuk meningkatkan keselamatan pengguna motosikal dan
penguatkuasaan yang lebih ketat ke atas peraturan sedia ada.
Dasar:
TT 12: DBKL akan membantu dan menyelaras dengan
agensi-agensi yang berkaitan dalam meningkatkan infrastruktur jalan bagi
meningkatkan keselamatan pengguna motosikal.
10.4.4 INFRASTRUKTUR JALAN
a)
Pembangunan Jalan Baru
450. Sistem jalan utama sedia ada, yang
sedang dibina atau komited dikira telah mencukupi untuk keperluan Kuala Lumpur
sehingga tahun 2020. Walau bagaimanapun dua jalan baru dicadangkan pada
dasarnya untuk memperbaiki aliran lalu lintas ke dalam dan keluar Pusat Bandar
Raya. Memandangkan masalah yang dihadapi untuk meningkatkan kapasiti jalan
sedia ada di Pusat Bandar Raya dan kos yang tinggi untuk mendapatkan koridor
baru, maka satu lebuh raya ekspres bawah tanah dicadangkan melalui Jalan Raja
Chulan menghubungkan ke Jalan Lingkaran Dalam di sebelah timur.
451.
Satu jalan pintasan dalam bandar juga dicadangkan,
sebahagiannya melalui bawah tanah bagi menyediakan laluan terus dari Jalan Syed
Putra di sebelah selatan Pusat Bandar Raya ke Jalan Dang Wangi (rujuk Rajah10.5
dan Jadual 10.3).
Dasar:
TT 13: DBKL akan menentukan program pembangunan jalan dan
menyelaras dengan pihak pihak berkuasa yang berkaitan mengenai pelaksanaannya.
452. Untuk keperluan masa hadapan, jika ada,
pembinaan jalan-jalan baru perlu dikaji dalam konteks dasar-dasar am
pengangkutan DBKL. Walau bagaimanapun, sebarang jalan baru haruslah menyokong
dasar-dasar DBKL untuk menggalakkan pengangkutan awam dengan menyediakan
peruntukan bagi kenderaan berpenumpang tinggi dan/atau laluan khas bas.
Cadangan rizab rizab jalan ini hendaklah ditentukan dengan jelas bagi
mengelakkan pencerobohan.
453. Projek-projek penswastaan bagi jalan
arteri perlu mematuhi cadangan rangkaian jalan dalam pelan struktur dan pelan
tempatan dan tidak dirancang secara berasingan.
Dasar:
TT 14: DBKL akan memastikan agar jalanjalan utama yang
dicadangkan dan komited dipertimbangkan dalam konteks perkhidmatan pengangkutan
awam yang lebih luas, pergerakan kenderaan barangan dan kesannya terhadap
masyarakat dan alam sekitar.
b)
Pembaikan Rangkaian Jalan Sedia Ada
454.
Dalam usaha menyiapkan rangkaian jalan sedia ada,
meningkatkan kapasiti dan melebarkan jalan-jalan sempit yang menyebabkan
kesesakan, satu program pembaikan rangkaian jalan hendaklah dilaksanakan untuk
menaik taraf jalan sedia ada ke jalan arteri, membina penyambung jalan terputus
dan membaiki persimpangan (rujuk Rajah 10.5 dan Jadual 10.3).
Dasar:
TT 15: DBKL akan menentukan program pembaikan jalan dan
menyelaras dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan mengenai pelaksanaannya.
b)
Hierarki Jalan
i.
Keadaan Semasa
455.
Bagi tujuan pemantauan yang berkesan dan mengoptimumkan
penggunaan sistem jalan sedia ada, status sebenar semua jalan sedia ada dan
sistem hierarki jalan akan disemak semula.
Dasar:
TT 16: DBKL melaksanakan sistem klasifikasi hierarki jalan
yang telah diperbaiki.
10.4.5 PENGANGKUTAN BUKAN-MOTOR
a)
Pejalan Kaki
456. Dasar-dasar mengenai pejalan kaki
dibincangkan di dalam Bab 14: Reka Bentuk Bandar dan Landskap.
457. Satu persekitaran mesra pejalan kaki
akan diwujudkan bagi seluruh Bandar Raya denganpenekanan khusus di Pusat Bandar
Raya dan pusat-pusatbandar lain. Rangkaian pejalankaki di Pusat Bandar Raya
akan menitikberatkan perhubungankemudahan pengangkutan awam dan menggabungkan
elemen-elemen reka bentuk bandar. Satu cadangan taman di lingkaran PRT yang
merentasi taman di bahagian barat Pusat Bandar Raya akan dihubungkan ke laluan
PRT sedia ada dan menjadi pelengkap kepada rangkaian pejalan kaki.
458. Perhatian khusus akan diberikan kepada
kawasan di sekitar stesen tukaran pengangkutan utama bagi memastikan ia
menggabungkan kemudahan-kemudahan yang membolehkannya mudah sampai kepada orang
tua dan kurang upaya.
Dasar:
TT 17: DBKL akan menyediakan garis panduan dan piawaian bagi
keperluan warga tua dan kurang upaya untuk diguna pakai pada rangkaian pejalan
kaki, terminal dan stesen pengangkutan awam baru serta stesen-stesen pertukaran
pelbagai mod.
b)Basikal
Penggunaan basikal boleh dan harus terus digalakkan sebagai
satu bentuk riadah dan sebagai satu alternatif pengangkutan persendirian bagi
perjalanan pendek di kawasan perumahan dan rekreasi.
Dasar:
TT 18: DBKL akan membaiki rangkaian laluan basikal dan mempromosikan
aktiviti berbasikal di kawasan perumahan dan rekreasi.
10.4.6 PENGANGKUTAN BARANGAN
Tempat letak lori yang mencukupi bagi manfaat pemilik lori
barangan berat yang tinggal di Bandar Raya akan disediakan supaya mereka tidak
meletakkan kenderaan di kawasan perdagangan dan perumahan. Tempattempat letak
lori ini akan juga mengandungi kemudahan-kemudahan untuk koc dan kenderaan
binaan.
Dasar:
TT 19: DBKL akan menyediakan tempat letak kenderaan dan
kemudahan tambahan untuk kenderaan barangan berat, koc dan kenderaan binaan di
lokasilokasi yang sesuai di pinggir Bandar Raya
http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/malay/pengangkutan/index.htm#keperluan
No comments:
Post a Comment