CADANGAN
MENGURANGKAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM
Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan
masalah pengangkutan awam ialah 1. Kuat kuasa undang-undang ~ Tindakan tegas
perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang
berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut.
Pihak JPJ boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah
yang mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara. 2. Penggunaan petrol tanpa
plumbum ~ Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum
dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah
pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor
Bahru dan Pulau Pinang. 3. Penapis asap /Catalytic converter ~ Bagi
mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi
yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan.
Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak
mencemarkan udara. 4. Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat
ganti) ~ Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh
memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam
(contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan. 5. Penggunaan bahan api alternatif
(contoh; NGV, elektrik, tenaga suria) ~ Dalam usaha mengurangkan pencemaran
udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan
sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan.
Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid (menggunakan bateri)
dan tenaga suria. 6. Kursus pemanduan berhemah ~ Kemalangan di jalan raya dapat
dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.
Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan
pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi
kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan
mematuhi peraturan jalan raya. 7. Kempen Alam Sekitar ~ Bagi melindungi alam
sekitar dan mengurangkan pencemaran udara, kempen berbasikal boleh dilancarkan.
Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menganjurkan Kempen
Berbasikal Kali Ke 12 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun 2012. ( Link
: Sinar Harian ). 8. Kempen Berkongsi Kereta ~ Bagi mengatasi kesesakan lalu
lintas, terutama pada waktu puncak, kerajaan boleh menggalakkan kempen
berkongsi kereta sebagaimana yang dijalankan di negara Singapura
No comments:
Post a Comment