Maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur
melalui sistem pengangkutanawamnya. Sekiranya sistem pengangkutan awamnya tidak
bersistematik akan menggambarkanpengurusan dan pentadbiran sebuah negara yang
lemah , tidak berdaya maju dan impaknya tidakmenjana kepada pembangunan negara
.Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam : Ia merupakan satu
perkhidmatanpengendalian pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu
tempat ke satu tempat termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua
barangan . Sistem perkhidmatan pengangkutanawam yang disediakan ini meliputi
rangkaian perjalanan dan perhubungan darat , udara dan juga diair . Sistem
pengangkutan awam ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga
pihakswasta . Dalam penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang
sistematik ia memerlukanpelaburan dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi
–
disediakan oleh pihak kerajaan atau punpihak swasta dan
sekali gus bermakna sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapatmenjana
kepada pembangunan negara.Melihat kepada sistem pengangkutan awam di darat ia
meliputi perkhidmatan kenderaan awamseperti bas , teksi , lori , melibatkan
juga perkhidmatan kereta api , LRT , monorel dan seumpamanya. Perkhidmatan ini
memerlukan penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan raya , lebuh raya
,landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik . Untuk mendapatkan satu
sistem pengangkutanyang sistematik semuanya memerlukan rangkaian perhubungan
yang berteknologi tinggi dengankecanggihan kenderaan pengangkutannya serta
melibatkan pelaburan dan perbelanjaan kewanganyang dapat meningkatkan kegiatan
ekonomi negara seterusnya menjana pembangunan negara .Sistem pengangkutan awam
udara pula lagi memerlukan pengurusan dan perlaksanaan yangbersistematik jika
tidak sistem pengangkutannya tidak dapat berjalan dengan lancar dan efisyen
.Sistem pengangkutan udara juga memerlukan lapangan terbang yang berteknologi
tinggi dengankonsep yang lebih moden bertaraf dunia serta landasan yang dapat
menampung pendaratan kapalterbang yang canggih . Sistem pengangkutan udara ini
juga amat penting bagi negara kerana iamenyediakan sistem pengangkutan yang
pantas bagi pergerakan perjalanan yang jauh dan amatdiperlukan oleh ramai orang
di serata dunia . Sistem pengangkutan udara ini turut menuntutpelaburan yang
amat tinggi dan turut membantu penjanaan pembangunan negara . Negara akanturut
dilihat bertambah maju , berdaya saing apabila ada perkembangan pesat dan
kemajuannyatidak ketinggalan dalam industri penerbangan ini .
No comments:
Post a Comment