PENGANGKUTAN
10.1 PENGENALAN
382. Rangkaian
sistem pengangkutan yang komprehensif dan efisien dengan penghubungan antara
dan dalam bandar amat diperlukan bagi mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur
sebagai sebuah pusat perdagangan dan kewangan antarabangsa.
383. Bagi warga
kota Kuala Lumpur, Bandar Raya perlu berupaya menyediakan satu struktur bandar
yang efisien dan saksama, sebaik mungkin, bagi membolehkan semua anggota
masyarakatnya mudah sampai ke semua kawasan dan kemudahan agar setiap orang
boleh menikmati faedah kehidupan bandar yang maksimum.
384. Struktur
asas rangkaian jalan dan rel yang komprehensif telah dibina sejak tahun 1984.
Program bagi Kuala Lumpur kini ialah untuk memajukan, memperkemaskan dan
melengkapkan sistem pengangkutan secara bersepadu bagi memenuhi keperluan
Bandar Raya dan penduduknya sehingga tahun 2020. Dalam hubungan ini DBKL akan
membantu pelaksanaan sistem pengangkutan bersepadu.
10.2 KEADAAN
SEMASA DAN ISU
10.2.1 UMUM
a)Pecahan Mod Pengangkutan
i.Keadaan Semasa
385. Dalam tempoh 1985 hingga 1997, pecahan
mod pengangkutan awam telah berkurangan daripada 34.3 peratus kepada 19.7
peratus. Ini menunjukkan satu peralihan besar daripada pengangkutan awam,
khususnya pengangkutan bas, sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan taraf
hidup yang menyebabkan peningkatan kadar pemilikan kereta dan juga kemerosotan
dalam perkhidmatan bas. Peningkatan pergantungan terhadap pengangkutan
persendirian, khususnya kereta persendirian, telah mewujudkan tekanan yang
tinggi terhadap rangkaian jalan raya dan
telah menyumbang kepada masalah kesesakan lalu lintas.
ii.Isu
• Pecahan mod
pengangkutan awam yang rendah telah menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap
infrastruktur jalan dan kesesakan lalu lintas.
b)Permintaan Perjalanan
i.Keadaan Semasa
386. Peningkatan taraf hidup dan
penghijrahan keluar penduduk dari Kuala Lumpur sekali gus telah menyumbang
kepada masalah kesesakan lalu lintas di Pusat Bandar Raya. Antara tahun 1980
dan 1997, bilangan penduduk Kuala Lumpur kekal pada kadar pertumbuhan 1.1
peratus manakala dari tahun 1985 hingga 1997, perjalanan berkereta telah
bertambah pada kadar purata 4.2 peratus setahun di Wilayah Lembah Klang.
387. Telah ternyata, walaupun bilangan
penduduk Pusat Bandar Raya hanya merupakan 3.3 peratus daripada jumlah
keseluruhan penduduk Wilayah Lembah Klang, lebih kurang 19 peratus daripada 8.3
juta perjalanan setiap hari di Wilayah Lembah Klang adalah perjalanan yang
dijana di Pusat Bandar Raya.
388. Permintaan perjalanan yang tinggi sebahagian
besarnya adalah melibatkan pengangkutan persendirian, khususnya kereta-kereta
persendirian. Ini telah mengakibatkan kesesakan serta kemerosotan yang serius
terhadap kelajuan perjalanan di jalan-jalan utama di kebanyakan tempat di Kuala
Lumpur, terutamanya di Pusat Bandar Raya, dan juga di bahagian timur dan
selatan, berpunca daripada jalan-jalan utama yang beroperasi pada atau melebihi
keupayaan pada waktu puncak. Kenderaan berpenumpang rendah juga telah
memburukkan lagi masalah ini.
ii.Isu
• Permintaan
perjalanan yang tinggi dari dan ke Pusat Bandar Raya ketika waktu-waktu puncak.
C)PENGURUSAN LALU LINTAS
i.Keadaan Semasa
389. Langkah-langkah pengurusan lalu lintas
adalah bertujuan bagi mengoptimumkan infrastruktur sedia ada untuk
mempertingkatkan keupayaan aliran supaya lebih responsif terhadap permintaan
lalu lintas pada waktu yang berbeza.
390. Pelbagai langkah telah berjaya
dilaksanakan di Kuala Lumpur. Kaedah utama kawalan lalu lintas di Bandar Raya
ketika ini adalah berasaskan sistem koordinasi isyarat lalu lintas kawasan
berkomputer (SCATS/ITACA) yang beroperasi di 130 persimpangan, dibantu oleh
polis trafik semasa waktu puncak. Perluasan sistem kawalan lalu lintas sedia
ada berserta dengan penambahbaikan keupayaan sistem ini sedang dilaksanakan
secara berperingkat.
391.
Langkah-langkah kawalan lalu lintas lain yang menyumbang kepada
pengurusan lalu lintas di Kuala Lumpur termasuklah sistem jalan sehala, lorong
berlawanan untuk meningkatkan keupayaan laluan pada waktu puncak, lorong
eksklusif bagi bas dan teksi, denda ke atas kesalahan meletak kereta di
bahu-bahu jalan dan peraturan mengawal kenderaan berat masuk ke Pusat Bandar
Raya pada waktu puncak.
392. Langkah-langkah tambahan lain yang ada
kaitan dengan keselamatan jalan raya adalah melalui penggunaan papan-papan
tanda, halangan-halangan, tanda-tanda garisan jalan dan jejantas pejalan kaki.
Kempen kesedaran untuk pemandu dan pengeluaran lesen memandu yang lebih ketat
juga merupakan penyumbang kepada pengurusan lalu lintas yang berkesan.
ii.Isu
393. Walaupun langkah-langkah pengurusan
lalu lintas telah banyak dilakukan untuk melicinkan aliran lalu lintas terutama
di Pusat Bandar Raya, ianya tidak boleh berterusan untuk tempoh masa yang tidak
menentu sekiranya permintaan lalu lintas di jalan-jalan terus meningkat.
• Langkah-langkah pengurusan lalu lintas sahaja tidak
berkesan untuk meningkatkan tahap keupayaan jalan sedia ada.
d)Rangka Kerja Institusi Pengangkutan
i.Keadaan Semasa
394. Struktur
institusi yang bertanggungjawab bagi pengangkutan bandar di Malaysia,
khususnya, Kuala Lumpur dibahagikan di antara jabatan-jabatan persekutuan dan
DBKL (rujuk Jadual 10.1).
395. Jabatan Pengangkutan Bandar DBKL telah
diamanahkan dengan fungsi-fungsi penyelarasan dan pentadbiran yang pelbagai
bagi merancang pengangkutan bandar secara berkesan. Kerajaan Persekutuan
bertanggungjawab terhadap pelan pengangkutan, garis panduan dasar dan perkara
perkara yang berkaitan dengan perancangan dan pentadbiran pengangkutan secara
keseluruhan.
396.
Penglibatan sektor swasta dalam penyediaan infrastruktur pengangkutan
telah berkembang daripada peranan asalnya seperti operasi pengangkutan bas dan
teksi kepada pembinaan jalan-jalan bertol dan pelaksanaan, operasi serta
penyelenggaraan sistem komuter, transit aliran ringan (LRT) dan people mover
rapid transit (PRT).
ii.Isu
397. Terdapat
sedikit pertindihan dan persamaan fungsi sesetengah agensi yang bertanggungjawab
dalam rangkaian pengangkutan Kuala Lumpur, yang kadangkala telah menimbulkan
percanggahan dasar-dasar atau program-program. Ini telah menimbulkan kesukaran
untuk merumuskan dasardasar pengangkutan awam dan persendirian yang konsisten.
• Kekurangan penyelarasan dasar-dasar mengenai pengangkutan
awam dan mod pengangkutan awam/persendirian.
10.2.2 PENGANGKUTAN AWAM
a)Pengangkutan Awam Berasaskan Rel
i.Keadaan Semasa
398.
Perkhidmatan rel telah menjadi faktor yang penting dalam pengangkutan
awam di Kuala Lumpur semenjak pembukaan Transit Aliran Ringan (LRT) Sistem 1,
Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (STAR) pada tahun 1996 dan kemudiannya LRT
Sistem II atau Projek Usaha Sama Transit Ringan Automatik (PUTRA) pada tahun
1998. Kesemuanya menyediakan kira-kira 50 kilometer rangkaian rel dengan 40
stesen. Sebagai tambahan, people mover rapid transit (PRT), satu sistem monorel
yang baru disiapkan, menyediakan perkhidmatan untuk kawasan pejabat dan
perdagangan lain yang utama di Pusat Bandar Raya. Monorel yang mempunyai jarak
perjalanan sejauh 10 kilometer dengan 10 stesen berperanan sebagai penggerak
orang ramai di Pusat Bandar Raya yang beroperasi di landasan bertingkat.
399. Express Rail Link (ERL), satu sistem
rel berkelajuan tinggi, menghubungkan KL Sentral dan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Perhentian ERL di KL Sentral berfungsi
sebagai sebuah terminal lapangan terbang bandar bagi KLIA. Di Stesen KL
Sentral, kemudahan antara mod sedang disediakan bersama Komuter KTM, PRT dan
LRT Sistem II, yang membolehkan pengguna bertukar mod transit ke pelbagai
destinasi.
400. Peningkatan taraf perkhidmatan rel KTMB
dan operasi Komuter KTM telah menambah kirakira 137 kilometer perkhidmatan rel
di antara Rawang - Seremban dan Sentul - Port Kelang melalui 39 stesen dan
perhentian. Perkhidmatan komuter ini dapat menarik sebahagian besar keperluan
perjalanan harian jarak jauh di antara Kuala Lumpur dan pinggir bandar.
ii.Isu
401. Penggunaan LRT dan komuter semakin
menggalakkan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang optimum masih belum tercapai
kerana:
• Kemudahan pertukaran di stesen-stesen tidak mencukupi
termasuk tempat letak kereta dan motosikal dan penghubung pejalan kaki;
• Kurang integrasi antara stesen-stesen berasaskan rel; dan
• Perkhidmatan sokongan yang tidak memuaskan termasuk
kekurangan kekerapan bas pengantara dan liputan perkhidmatan.
402. Rajah 10.1 menunjukkan kemudahsampaian
relatif antara bas dan pengangkutan awam berasaskan rel. Adalah jelas bahawa
perkhidmatan pengangkutan berasaskan rel kurang mudah sampai berbanding
perkhidmatan bas dan, oleh yang demikian, kemampuan untuk memberi khidmat
kepada pengguna dalam satu perjalanan ke sesuatu destinasi adalah amat terhad.
Liputan perkhidmatan bas pengantara yang beroperasi dalam lingkungan 2
kilometer dari stesen masih tidak mencukupi untuk memastikan kemudahsampaian
yang berkesan.
• Tahap kemudahsampaian ke pengangkutan awam berasaskan rel
yang rendah.
b)Perkhidmatan Bas
i.Keadaan Semasa
403. Kini
terdapat empat buah syarikat swasta utama yang mengendalikan lebih kurang
15,000 perjalanan bas setiap hari. Setiap syarikat beroperasi melalui lebih
kurang 30 laluan, kebanyakannya secara radial dan berakhir di Pusat Bandar
Raya.
404. Pembaikan
rangkaian bas sedang diusahakan oleh DBKL dengan menyediakan laluan eksklusif
bagi bas/teksi dalam Pusat Bandar Raya, juga kemudahan perhentian bas yang
selesa. Pembaikan-pembaikan ini bertujuan untuk memberi penumpang satu pilihan
pengangkutan yang cepat, boleh dipercayai dan mudah.
ii.Isu
405. Walaupun
pembaikan-pembaikan telah dilakukan terhadap sistem perkhidmatan bas dan
infrastruktur jalan, tahap penggunaan bas adalah rendah, terutamanya disebabkan
oleh pertindihan perkhidmatan, kekerapan perkhidmatan yang masih belum boleh
dipercayai, kesesakan semasa waktu puncak dan keadaan bas yang kurang
memuaskan.
• Perkhidmatan bas yang tidak diguna sepenuhnya; dan
• Perkhidmatan yang masih belum boleh dipercayai dan kurang
berkualiti.
406. Terminal bas
utama sedia ada terletak di Puduraya di Pusat Bandar Raya. Kebanyakan bas dan
koc antara bandar dari luar Kuala Lumpur berakhir di sini. Ini akan menambahkan
kesesakan dan menyebabkan waktu perjalanan yang lebih panjang bagi penumpang.
• Lokasi berpusat perhentian bas utama menyumbang kepada
kesesakan lalu lintas.
c)Teksi
i.Keadaan Semasa
407. Teksi merupakan elemen penting dalam
sistem pengangkutan awam yang menawarkan alternatif pengangkutan yang selesa
terutamanya di luar waktu puncak. Terdapat lebih kurang 24,721 buah teksi
berlesen di Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh 4,183 pengusaha. Kajian
klasifikasi kenderaan yang dijalankan oleh ‘Japan International Coorperation
Agency’ (JICA) pada 1997 menunjukkan bahawa teksi menyumbang sebanyak 4 hingga
6 peratus bilangan kenderaan yang melalui Pusat Bandar Raya.
ii.Isu
408. Tiada
kekurangan bilangan teksi tetapi terdapat masalah untuk mendapatkan
perkhidmatan teksi pada waktu puncak dan ketika cuaca buruk.
• Perkhidmatan teksi yang masih belum boleh dipercayai.
10.2.3 PENGANGKUTAN PERSENDIRIAN
c)Kereta dan Tempat Letak Kereta
i.Keadaan Semasa
409. Berdasarkan laporan Jabatan
Pengangkutan Jalan, nisbah pendaftaran kereta dan motosikal di Kuala Lumpur
adalah 985.7 bagi setiap 1,000 penduduk dalam tahun 2000. Walau bagaimanapun,
berdasarkan kepada Home Interview Survey yang dijalankan oleh JICA pada tahun
1998, anggaran nisbah pemilikan kenderaan adalah lebih kurang 211 kereta bagi
setiap 1,000 penduduk dan 164 motosikal bagi setiap 1,000 penduduk. Kenderaan
persendirian menyumbang 56.6 peratus daripada keseluruhan perjalanan bermotor
di Kuala Lumpur.
410. DBKL
melalui proses kawalan kelulusan perancangan bandar mengawal jumlah penyediaan
ruang letak kereta dan motosikal untuk sesuatu pembangunan baru. Walau
bagaimanapun, pada masa ini caj letak kenderaan adalah berdasarkan kuasa
pasaran dan tidak tertakluk kepada manamana perundangan.
411. Bagi mengurangkan kesesakan lalu
lintas, DBKL telah mengurangkan tempat letak kenderaan di tepi-tepi jalan pada
jalan-jalan utama di kawasan yang telah padat membangun.
412. Terdapat
lebih kurang 65,206 ruang letak kereta di Pusat Bandar Raya (rujuk Rajah 10.2).
Bangunan pejabat merekodkan penggunaan ruang yang paling tinggi, dengan purata
71 peratus diikuti oleh premis runcit (purata 49 peratus) dan pembangunan
bercampur (purata 47 peratus). Pada amnya, penyediaan kemudahan tempat letak
kereta di Pusat Bandar Raya adalah lebih daripada mencukupi.
ii.Isu
413. Caj tempat
letak kereta di Pusat Bandar Raya lebih cenderung kepada perkhidmatan tempat
letak kereta jangka panjang dengan pengusaha-pengusaha menawarkan caj bermusim
yang lebih rendah. Faktor ini di samping pengangkutan persendirian yang lebih
fleksibel telah menggalakkan penduduk terus menggunakan pengangkutan
persendirian ke Pusat Bandar Raya.
• Bayaran letak kereta jangka panjang yang rendah di Pusat
Bandar Raya di samping ruang letak kereta yang banyak dan pergerakan
pengangkutan persendirian yang fleksibel, telah menyebabkan pengangkutan kereta
menjadi pilihan.
414. Di luar Pusat Bandar Raya terdapat
kekurangan tempat letak kereta di kawasan-kawasan berdekatan dengan
pengangkutan awam dan juga di pembangunan lot-lot kedai yang tidak menyediakan
kemudahan tempat letak kereta bertingkat atau di bawah bangunan.
• Kekurangan tempat letak kereta di luar Pusat Bandar Raya
di lokasi-lokasi yang mempunyai akses ke pengangkutan awam dan di pembangunan
lot kedai.
a)Motosikal
i.Keadaan Semasa
415. Motosikal mewakili lebih kurang 23
peratus pengguna jalan raya di Kuala Lumpur. Kenderaan ini yang kebanyakannya
digunakan oleh golongan muda dan berpendapatan rendah, merupakan pengangkutan
yang cepat, fleksibel dan ekonomik di Bandar Raya.
416. Sekitar 52 peratus daripada jumlah
kemalangan maut dan serius di Kuala Lumpur melibatkan motosikal. Motosikal
adalah penyumbang utama pencemaran udara dan kebisingan. Penyebaran kebisingan
daripada motosikal di Pusat Bandar Raya adalah melebihi had kebisingan yang
dibenarkan (Malaysia Environmental Quality Report 1996, DOE).
ii.Isu
• Kadar kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal
adalah lebih tinggi berbanding jenis-jenis pengangkutan lain; dan
• Motosikal menyumbang kepada kebisingan dan pencemaran
udara.
10.2.4 INFRASTRUKTUR JALAN
i.Keadaan Semasa
417. Di bawah
dasar penswastaan, program pembinaan jalan bagi Lembah Klang yang terkandung
dalam PSKL 1984, yang melibatkan 23 batang jalan baru dan 21 projek pembaikan
jalan utama telah disiapkan termasuk beberapa tambahan lebuh raya bertol. Rangkaian
jalan yang sedia ada telah berjaya mencapai tujuan utamanya mengelakkan laluan
terus melalui Pusat Bandar Raya, mengurangkan kesesakan di jalan-jalan kecil
dan menyelerakkan lalu lintas dari Pusat Bandar Raya dengan berkesan.
418. Sebagai
tambahan, beberapa projek pembinaan jalan sedang dijalankan dan sebahagiannya
telah ditandatangani perjanjian konsesi atau telah diberi kelulusan dasar
(rujuk Jadual 10.2).
ii.Isu
419. Ketidaksinambungan susunan jalan lama
di dalam bandar telah menyebabkan kurangnya laluan terus bagi lalu lintas yang
memasuki atau meninggalkan Pusat Bandar Raya, khususnya dari selatan sepanjang
Jalan Syed Putra dan dari timur di sepanjang Jalan Kuching. Laluan masuk ke
Bukit Bintang dari arah tersebut, akan melalui jalan-jalan sempit di dalam
kawasan bandar lama.
• Halangan dalam meningkatkan laluan sedia ada untuk lalu
lintas memasuki atau meninggalkan Pusat Bandar Raya.
420. Walaupun
program pembinaan jalan telah siap dan mencapai tujuannya, terdapat di
sesetengah tempat penyambungan di antara jalan-jalan utama dan jalan-jalan
kecil belum begitu lengkap. Pada waktu-waktu tertentu berlaku masalah lalu
lintas terkumpul di persimpangan-persimpangan separas (at-grade) yang tidak
mampu menampung aliran lalu lintas. Faktor-faktor ini telah menyebabkan ‘bottle
neck’ dan menimbulkan kesesakan terutama pada waktu-waktu puncak.
• Ketidaksinambungan dalam rangkaian jalan; dan
• Lalu lintas terkumpul pada persimpanganpersimpangan
separas.
421. Oleh
kerana tiada keperluan yang dibuat dalam perjanjian penswastaan, kebanyakan
lebuh raya bertol telah dibina tanpa penyediaan khusus untuk pengangkutan awam
atau kenderaan pengangkut barangan. Potensi memaksimumkan penggunaan semua
lebuh raya untuk perhubungan pengangkutan awam berkelajuan tinggi ke
kawasankawasan luar belum diguna sepenuhnya.
• Kekurangan dalam penyediaan keperluan khusus di lebuh raya
bertol bagi kenderaan awam dan kenderaan pengangkut barangan.
422.
Jalan-jalan utama di Kuala Lumpur ada kalanya tidak memenuhi keperluan
klasifikasi jalan. Di samping itu beberapa batang jalan tidak berfungsi seperti
yang dirancang, seperti jalan-jalan kawasan kediaman yang kini telah menjadi
jalan besar disebabkan oleh penyambungan yang kurang teliti. Kepincangan ini
telah menyukarkan kerja mereka bentuk dan pengurusan keseluruhan rangkaian
jalan.
• Pengelasan jalan-jalan utama sedia ada tidak mencerminkan
kegunaan sebenar.
423. Nisbah
plot bagi ruang perdagangan di Pusat Bandar Raya telah terus bertambah pada
tahun tahun kebelakangan ini dan menambahkan tekanan terhadap rangkaian jalan
raya. Projekprojek berskala besar yang dirancang dan diluluskan akan
meningkatkan lagi permintaan perjalanan kenderaan persendirian.
• Tekanan yang semakin meningkat terhadap rangkaian jalan raya
disebabkan pembangunan perdagangan yang intensif dan berskala besar.
10.2.5 PENGANGKUTAN
BUKAN-MOTOR
a)Pejalan Kaki
i.Keadaan Semasa
424. Satu rangkaian pejalan kaki sedang
dilaksanakan di Pusat Bandar Raya. Ini akan memudahkan pejalan kaki dan
pergerakan kenderaan bukan-motor di pusat-pusat aktiviti, menghubungkan stesen
transit dan terminal bagi memudahkan pertukaran antara mod, menyediakan laluan
laluan pejalan kaki dan bertindak sebagai langkah mengekang lalu lintas.
Rangkaian ini akan juga membantu meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan
mengurangkan perjalanan kenderaan jarak dekat.
425. Keadaan semasa dan isu-isu berkaitan dengan
pergerakan pejalan kaki dibincangkan dalam
Bab 14: Reka Bentuk
Bandar dan Landskap.
b)Basikal
i.Keadaan Semasa
426. Laluan
basikal kini telah disediakan di kawasan perumahan baru dan rekreasi. Biarpun
Kuala Lumpur mempunyai rupa bumi yang agak rata, berbasikal sebagai satu cara
pengangkutan masih kurang digunakan, sebahagiannya disebabkan keadaan iklim
tempatan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan di dalam rangkaian
laluan basikal sedia ada yang menyumbang kepada kurangnya penggunaan basikal.
ii.Isu
427.
Peluang-peluang masih tersedia bagi menghubungkan pengangkutan basikal
kepada perkhidmatan pengangkutan awam dan perjalanan tempatan jarak dekat.
Bandar raya lain telah menggunakan koridor jalan raya, rel dan kawasan lapang
untuk mewujudkan satu rangkaian laluan basikal tempatan yang lengkap.
• Laluan basikal di kawasan perumahan mengalami kurang
penggunaan, penyalahgunaan (tempat letak kenderaan haram) dan kurang
penyelenggaraan; dan
• Kurang kesinambungan dalam rangkaian laluan basikal.
10.2.6 PENGANGKUTAN
BARANGAN
i.Keadaan Semasa
428. Penjanaan
perjalanan kenderaan lori kebanyakannya lebih berpusat di kawasan perindustrian
di pinggir Pusat Bandar Raya. Pergerakan lori berat lebih tertumpu di zon-zon
luar di selatan dan merentasi wilayah ini melalui arah utara-selatan.
429. Di Kuala Lumpur masih juga terdapat
pergerakan kenderaan barangan berat (HGV) walaupun ia dilarang semasa waktu
puncak pagi dan petang.
ii.Isu
430. Terdapat beberapa kawasan di sebelah
utara dan selatan Bandar Raya di mana HGV, kenderaan binaan dan bas diletakkan
secara haram di kawasan perumahan yang menimbulkan ketidakselesaan kepada
penduduk.
• Meletak kenderaan barangan berat dan kenderaan binaan
secara haram di kawasan perumahan dan perdagangan disebabkan oleh kekurangan
kemudahan tempat letak kenderaan yang sesuai serta kesukaran penguatkuasaan.
10.3 OBJEKTIF
431. Bagi
mewujudkan satu struktur bandar raya yang efisien dan saksama di Kuala Lumpur,
DBKL bertujuan untuk:
• menyediakan satu sistem pengangkutan yang komprehensif dan
bersepadu bagi keperluan perjalanan di antara dan di dalam bandar.
• menangani kemerosotan penggunaan pengangkutan awam dan
bagi mencapai pisah ragam (modal split) pengangkutan awam: persendirian 60:40
yang disasarkan pada tahun 2020;
• mengoptimumkan infrastruktur pengangkutan jalan dan rel supaya
ia beroperasi dengan keupayaan penuh dan kecekapan maksimum;
• memastikan supaya konfigurasi guna tanah disepadukan
dengan rangkaian jalan dan pengangkutan awam bagi pembangunan tanah secara
optimum; dan
• memastikan semua kawasan di Bandar Raya menikmati tahap
dan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam yang sama.
432. Bagi
mempertingkatkan persekitaran hidup bandar raya, DBKL bertujuan untuk:
• mewujudkan sebuah bandar raya yang mempunyai
kemudahsampaian yang tinggi untuk semua penghuni dan pengguna, khususnya,
sesuatu yang mesra pejalan kaki dan kurang upaya.
10.4 DASAR DAN
CADANGAN
10.4.1 UMUM
a)Pengurusan Permintaan Perjalanan
433. Jika trend semasa berterusan,
perjalanan dengan berkereta pada tahun 2020 dijangka akan meningkat hampir dua
kali ganda daripada tahun 1997. Meningkatkan keupayaan jalan dengan membina
jalan baru dan memperluaskan jalan sedia ada, dalam jangka masa panjang, tidak
lagi akan menyelesaikan masalah tetapi sekadar menangguhkannya sehingga lebih
banyak jalan perlu dibina. Kebanyakan kawasan di Bandar Raya, terutama di Pusat
Bandar Raya telah dibangunkan dan pengambilan balik tanah untuk pembinaan jalan
adalah bertambah sukar dan mahal.
434. DBKL
sedang menyusun strategi Pengurusan Permintaan Perjalanan yang bertujuan untuk
mengarah semula pola pergerakan daripada pengangkutan persendirian kepada
pengangkutan awam dengan mengintegrasikan mod-mod pengangkutan,
memperkembangkan dan mempromosikan pengangkutan awam dan tidak menggalakkan
penggunaan pengangkutan persendirian. Sistem pengangkutan awam di Bandar Raya
seharusnya dapat bersaing, selesa, mesra pengguna dan mudah sampai kepada semua
golongan pendapatan.
Dasar:
TT 1: DBKL akan menentukan langkahlangkah Pengurusan
Permintaan Perjalanan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam
dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak pihak berkuasa yang berkepentingan.
TT 2: DBKL akan melaksanakan program mengawal kenderaan
persendirian untuk membaiki sirkulasi lalu lintas di Pusat Bandar Raya dengan
tidak menggalakkan perjalanan berkereta dari dan ke Pusat Bandar Raya semasa
waktu puncak dan menguatkuasakan langkah-langkah mengehadkan akses ke
sesetengah kawasan di Bandar Raya.
b)Pengurusan Sistem Lalu Lintas
435. Bagi mengoptimumkan sistem pengurusan
lalu lintas, sistem yang sedia ada perlu dipertingkatkan kepada satu sistem
yang boleh memantau dan mengawal semua aspek pergerakan lalu lintas di Bandar
Raya.
Dasar:
TT 3: DBKL akan meningkatkan sistem pengurusan lalu lintas.
c)Pembangunan Berorientasikan Transit
436. Satu objektif utama sektor pengangkutan
ialah pengintegrasian guna tanah dengan pengangkutan dan membangunkan satu
Strategi Pembangunan Berorientasikan Transit. Strategi ini dibincangkan secara
terperinci dalam Bab 6: Guna Tanah dan Strategi Pembangunan, ia akan
mempromosikan pembangunan intensif di sepanjang rangkaian rel. Sebarang
rancangan penyambungan kepada rangkaian rel hendaklah menyokong dasar ini
dengan memastikan stesen-stesen rel memberi khidmat langsung kepada pusat-pusat
bandar terpilih.
Dasar:
TT 4: DBKL akan mewujudkan Zon Perancangan Transit bagi
memudahkan intensifikasi kawasan kediaman, perdagangan dan pembangunan
bercampur berorientasi transit di sekitar stesenstesen rel.
10.4.2 PENGANGKUTAN
AWAM
a)Pentadbiran Pengangkutan Awam
437. Tumpuan
yang semakin meningkat serta peruntukan perbelanjaan yang tinggi bagi
pengangkutan awam memerlukan penyelarasan dan sokongan antara jabatan-jabatan
kerajaan serta agensi-agensi lain yang terlibat. DBKL akan mengambil
langkah-langkah untuk membantu menjayakan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan
berkaitan dengan pentadbiran pengangkutan awam.
Dasar:
TT 5: DBKL akan membantu menyelaras perancangan, pembangunan
dan operasi pengangkutan awam dan halhal berkaitan dengan pengangkutan
persendirian.
b)Integrasi Pengangkutan Awam
438. Selaras
dengan pelaksanaan dasar kerajaan, penekanan akan diberikan kepada penyediaan
satu sistem pengangkutan awam yang bersepadu, fleksibel, pelbagai dan efisien
berorientasikan kemudahsampaian dan keselesaan penumpang. Keutamaan dalam
pendekatan ini ialah pengintegrasian mod-mod pengangkutan awam dengan
pengangkutan persendirian. Dengan tersusunnya kemudahan pertukaran antara mod
dan sistem tiket bersepadu, perjalanan penumpang akan menjadi lebih senang dan
lancar.
439. Bagi
mengelakkan kesesakan lalu lintas di jalan tempatan, kemudahan penukaran bas
dan rel utama serta kemudahan letak dan naik akan disediakan di pertemuan
stesen rel dan jalan-jalan utama. Lokasi-lokasi penukaran yang dicadangkan
adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 10.3.
Dasar:
TT 6: DBKL akan membantu pelaksanaan dasar kerajaan
berhubung dengan sistem pengangkutan awam bersepadu.
c)Pengangkutan Awam Berasaskan Rel
440. Rangkaian rel merupakan cara yang
paling efisien dalam menyediakan pengangkutan cepat berkapasiti tinggi.
Rancangan jangka sederhana dan panjang bagi memperkenalkan sistem sistem rel
lain seperti tram dan perkembangan rangkaian rel ke kawasan luar perlu dikaji
setiap 10 tahun bagi menentukan daya kemungkinannya.
441. Kawasan
pertumbuhan utama di Kuala Lumpur kini telah mempunyai hubungan yang baik
dengan Pusat Bandar
Raya kecuali kawasan laluan timur-barat. Cadangan laluan baru LRT Damansara-
Cheras yang akan menghubungkan kawasan pertumbuhan di sebelah timur dan barat
akan dikaji bersama dengan laluan-laluan baru rel yang memberi perkhidmatan ke
pusat daerah, kawasan pembangunan komprehensif dan kawasan pertumbuhan.
442. Adalah
juga dicadangkan supaya laluan STAR LRT dari stesen Sentul Timur disambung ke
utara menghala Taman Wahyu dan ke barat menghala Kepong. Satu lagi laluan dari
stesen Sri Petaling disambung ke barat bagi memberi perkhidmatan di sekitar
Bukit Jalil.
443. Sambungan bagi LRT dicadangkan dari
stesen KL Sentral ke cadangan pusat daerah Bukit Indah. Kelima-lima laluan baru
ini akan menambahkan jarak laluan sepanjang 41.9 kilometer.
Dasar:
TT 7: DBKL akan membantu dalam penyediaan kajian kemungkinan
bagi penyambungan masa hadapan rangkaian rel dan menyelaras pelaksanaannya
dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.
d)Perkhidmatan Bas
444. Bas akan
kekal sebagai pengangkutan awam utama khususnya di luar Pusat Bandar Raya pada
masa hadapan. Langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki kebolehpercayaan,
liputan, keselesaan dan kesenangan perkhidmatan bas bagi meningkatkan
penggunaannya.
Dasar:
TT 8: DBKL akan membantu menentukan langkah-langkah bagi
membaiki perkhidmatan bas secara maksimum ke kawasan pertumbuhan, semua pusat
pekerjaan dan perdagangan serta menyelaras dengan agensi-agensi dan
pengusaha-pengusaha berkaitan.
445. DBKL akan mengambil langkah-langkah
untuk mewujudkan satu rangkaian terminal bas di Kuala Lumpur bagi bas dan koc
yang memberi perkhidmatan berlainan untuk peringkat antarawilayah dan
dalam-wilayah. Terminal-terminal ini akan diintegrasikan dengan sistem rel di
stesen pertukaran multi-modal untuk memudahkan laluan ke Pusat Bandar Raya dan
kawasan lain di Bandar Raya. Terminal perkhidmatan antara-wilayah akan
dibangunkan di Gombak (untuk perkhidmatan ke timur), Bandar Tasik Selatan
(untuk perkhidmatan ke selatan), Jalan Ipoh (untuk perkhidmatan ke utara dan
stesen di KPK Jalan Duta (untuk perkhidmatan ke barat). Terminal Hentian Putra,
Pasarama Kota dan Plaza Rakyat akan dijadikan terminal perkhidmatan
dalam-wilayah. Terminal untuk perkhidmatan tempatan akan dibangunkan di
beberapa lokasi sesuai dalam Bandar Raya (rujuk Rajah 10.4).
Dasar:
TT 9: DBKL akan melaksanakan satu rangkaian terminal bagi
perkhidmatan bas antara-wilayah, dalam-wilayah dan tempatan.
e)Kereta dan Tempat Letak Kereta
i.Keadaan Semasa
446. Dengan
mengawal penyediaan dan pengagihan kemudahan meletak kereta di Kuala Lumpur,
DBKL boleh membantu mengukuhkan pengangkutan awam dan objektif Pengurusan
Permintaan Perjalanan dengan menjadikan pengangkutan persendirian sesuatu yang
kurang menarik berbanding dengan pengangkutan awam, khususnya di Pusat Bandar
Raya. Ini boleh diperkukuhkan lagi dengan mengawal kos letak kereta di kawasan
yang berbeza di Bandar Raya.
Dasar:
TT 10: DBKL akan mengawal penawaran kemudahan tempat letak
kereta.
f)Teksi
447.
Memandangkan peranan penting teksi dalam menghidupkan aktiviti
perniagaan dan perdagangan Bandar Raya, adalah mustahak untuk meningkatkan
tahap perkhidmatan dan kebolehpercayaannya. Bagi mencapai perkhidmatan
pengangkutan awam secara menyeluruh, perkhidmatan teksi perlu dikembangkan
dengan perkhidmatan yang inovatif dalam pasaran baru.
Dasar:
TT 11: DBKL akan membantu membaiki kebolehpercayaan dan
penawaran perkhidmatan teksi dengan penyelarasan bersama agensi-agensi yang
berkaitan
10.4.3 PENGANGKUTAN
PERSENDIRIAN
a)Motosikal
448. Ketika
Kuala Lumpur berusaha untuk mewujudkan satu persekitaran hidup yang lebih
bersih dan selamat, peranan motosikal dalam pengangkutan perlu dikaji. Pengguna
motosikal merupakan peratusan yang besar yang akan menikmati faedah daripada
sistem pengangkutan awam yang lebih komprehensif. Perspektif jangka masa panjang
dalam pembangunan sistem pengangkutan awam akan memperlihatkan kepada
menggalakkan pengguna motosikal untuk lebih menggunakan pengangkutan awam dan
mengehadkan penggunaan motosikal di Pusat Bandar Raya hanya bagi
pengguna-pengguna tertentu. Untuk jangka masa panjang, langkah-langkah untuk
menggalakkan pengguna motosikal lebih menggunakan pengangkutan awam dan
mengehadkan penggunaan motosikal di Pusat Bandar Raya hanya bagi
pengguna-pengguna tertentu perlu dikaji.
449. Dalam
jangka masa pendek dan sederhana, langkah-langkah akan dilaksanakan untuk
meningkatkan keselamatan pengguna motosikal dan penguatkuasaan yang lebih ketat
ke atas peraturan sedia ada.
Dasar:
TT 12: DBKL akan membantu dan menyelaras dengan
agensi-agensi yang berkaitan dalam meningkatkan infrastruktur jalan bagi
meningkatkan keselamatan pengguna motosikal.
10.4.4
INFRASTRUKTUR JALAN
a)Pembangunan Jalan Baru
450. Sistem
jalan utama sedia ada, yang sedang dibina atau komited dikira telah mencukupi
untuk keperluan Kuala Lumpur sehingga tahun 2020. Walau bagaimanapun dua jalan
baru dicadangkan pada dasarnya untuk memperbaiki aliran lalu lintas ke dalam
dan keluar Pusat Bandar Raya. Memandangkan masalah yang dihadapi untuk
meningkatkan kapasiti jalan sedia ada di Pusat Bandar Raya dan kos yang tinggi
untuk mendapatkan koridor baru, maka satu lebuh raya ekspres bawah tanah
dicadangkan melalui Jalan Raja Chulan menghubungkan ke Jalan Lingkaran Dalam di
sebelah timur.
451. Satu jalan
pintasan dalam bandar juga dicadangkan, sebahagiannya melalui bawah tanah bagi
menyediakan laluan terus dari Jalan Syed Putra di sebelah selatan Pusat Bandar
Raya ke Jalan Dang Wangi (rujuk Rajah10.5 dan Jadual 10.3).
Dasar:
TT 13: DBKL akan menentukan program pembangunan jalan dan
menyelaras dengan pihak pihak berkuasa yang berkaitan mengenai pelaksanaannya.
452. Untuk keperluan masa hadapan, jika ada,
pembinaan jalan-jalan baru perlu dikaji dalam
konteks dasar-dasar am pengangkutan DBKL. Walau
bagaimanapun, sebarang jalan baru haruslah menyokong dasar-dasar DBKL untuk
menggalakkan pengangkutan awam dengan menyediakan peruntukan bagi kenderaan
berpenumpang tinggi dan/atau laluan khas bas. Cadangan rizab rizab jalan ini
hendaklah ditentukan dengan jelas bagi mengelakkan pencerobohan.
453. Projek-projek penswastaan bagi jalan
arteri perlu mematuhi cadangan rangkaian jalan dalam pelan struktur dan pelan
tempatan dan tidak dirancang secara berasingan.
Dasar:
TT 14: DBKL akan memastikan agar jalanjalan utama yang
dicadangkan dan komited dipertimbangkan dalam konteks perkhidmatan pengangkutan
awam yang lebih luas, pergerakan kenderaan barangan dan kesannya terhadap
masyarakat dan alam sekitar.
b)Pembaikan Rangkaian Jalan Sedia Ada
454. Dalam
usaha menyiapkan rangkaian jalan sedia ada, meningkatkan kapasiti dan
melebarkan jalan-jalan sempit yang menyebabkan kesesakan, satu program
pembaikan rangkaian jalan hendaklah dilaksanakan untuk menaik taraf jalan sedia
ada ke jalan arteri, membina penyambung jalan terputus dan membaiki
persimpangan (rujuk Rajah 10.5 dan Jadual 10.3).
Dasar:
TT 15: DBKL akan menentukan program pembaikan jalan dan
menyelaras dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan mengenai pelaksanaannya.
b)Hierarki Jalan
i.Keadaan Semasa
455. Bagi
tujuan pemantauan yang berkesan dan mengoptimumkan penggunaan sistem jalan
sedia ada, status sebenar semua jalan sedia ada dan sistem hierarki jalan akan
disemak semula.
Dasar:
TT 16: DBKL melaksanakan sistem klasifikasi hierarki jalan
yang telah diperbaiki.
10.4.5 PENGANGKUTAN BUKAN-MOTOR
a)
Pejalan Kaki
456. Dasar-dasar mengenai pejalan kaki
dibincangkan di dalam Bab 14: Reka Bentuk Bandar dan Landskap.
457. Satu
persekitaran mesra pejalan kaki akan diwujudkan bagi seluruh Bandar Raya
denganpenekanan khusus di Pusat Bandar Raya dan pusat-pusatbandar lain.
Rangkaian pejalankaki di Pusat Bandar Raya akan menitikberatkan
perhubungankemudahan pengangkutan awam dan menggabungkan elemen-elemen reka
bentuk bandar. Satu cadangan taman di lingkaran PRT yang merentasi taman di
bahagian barat Pusat Bandar Raya akan dihubungkan ke laluan PRT sedia ada dan
menjadi pelengkap kepada rangkaian pejalan kaki.
458. Perhatian khusus akan diberikan kepada
kawasan di sekitar stesen tukaran pengangkutan utama bagi memastikan ia
menggabungkan kemudahan-kemudahan yang membolehkannya mudah sampai kepada orang
tua dan kurang upaya.
Dasar:
TT 17: DBKL akan menyediakan garis panduan dan piawaian bagi
keperluan warga tua dan kurang upaya untuk diguna pakai pada rangkaian pejalan
kaki, terminal dan stesen pengangkutan awam baru serta stesen-stesen pertukaran
pelbagai mod.
b)
Basikal
459. Penggunaan basikal boleh dan harus
terus digalakkan sebagai satu bentuk riadah dan sebagai satu alternatif
pengangkutan persendirian bagi perjalanan pendek di kawasan perumahan dan
rekreasi.
Dasar:
TT 18: DBKL akan membaiki rangkaian laluan basikal dan
mempromosikan aktiviti berbasikal di kawasan perumahan dan rekreasi.
10.4.6 PENGANGKUTAN BARANGAN
460. Tempat letak lori yang mencukupi bagi
manfaat pemilik lori barangan berat yang tinggal di Bandar Raya akan disediakan
supaya mereka tidak meletakkan kenderaan di kawasan perdagangan dan perumahan.
Tempattempat letak lori ini akan juga mengandungi kemudahan-kemudahan untuk koc
dan kenderaan binaan.
Dasar:
TT 19: DBKL akan menyediakan tempat letak kenderaan dan
kemudahan tambahan untuk kenderaan barangan berat, koc dan kenderaan binaan di
lokasilokasi yang sesuai di pinggir Bandar Raya
10.5 KEPERLUAN
MASA HADAPAN
10.5.1 SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU
461. Rangkaian
rel lengkap sehingga tahun 2020 termasuk stesen letak dan naik bersepadu dan
kemudahan pertukaran multi-modal ditunjukkan di dalam Rajah 10.3.
10.5.2 RANGKAIAN
JALAN
No comments:
Post a Comment