] Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya
saban tahun semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari sama ada di
kaca-kaca televisyen, di dada-dada akhbar mahupun di corong-corong radio pasti
ada sahaja dipaparkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa manusia.
[AR-A.Tanya] Murah sangatkah nyawa manusia sehingga banyak jiwa yang terkorban
di jalan raya? Jika hal ini dibiarkan berterusan, sudah tentu merugikan
sesebuah negara. [AA] Oleh itu,punca-punca kemalangan jalan raya perlu dikenal
pasti segera sebelum isu ini menjadi lebih parah lagi. [80 pp]
Perenggan Isi 1 : Sikap Pemandu Itu Sendiri – 5 Ayat
[AP] Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya
kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. [AH-Mengapa?] Hal ini
disebabkan pemandu bersikap mementingkan diri, tidak sabar ketika berada di
jalan raya dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. [AC] Sebagai contoh,
pemandu kenderaan memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju yang
dibenarkan. [AH-Kesan?] Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja
mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain. [AP]
Oleh itu, sikap berhati-hati di jalan raya dan Biar Lambat Asal Selamat akan
dapat menghindarkan kemalangan maut daripada berlaku. [78 pp]
Perenggan Isi 2 : Keadaan Struktur Jalan Raya – 5 Ayat
[AP] Punca seterusnya penyebab berlakunya kemalangan jalan
raya ialah Keadaan struktur jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan jalan raya yang
berlubang-lubang, sempit dan rata sudah pasti mengundang bahaya kepada pengguna
jalan raya. [AC] Sebagai contoh, jalan raya yang bengkang-bengkok, selekoh
tajam akan memudahkan pemandu yang tidak biasa jalan tersebut terbabas dan
terlibat dalam kemalangan jalan raya. [AH-Bagaimana?] Oleh itu, pihak kerajaan
perlu mengambil inisiatif segera memperbaiki struktur jalan raya yang
membahayakan nyawa pengguna jalan raya.. [AP] Tegasnya sebelum Nasi Menjadi
Bubur, struktur jalan raya perlu diberi keutamaan terlebih dahulu agar
keselamatan pengguna-pengguna jalan raya terjamin. [86 pp]
Perenggan Isi 3 : Keadaan Kenderaan – 5 Ayat
[AP] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik
juga menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan
kenderaan yang tidak diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan boleh
mengundang malapetaka kepada pemandunya. [AC] Sebagai contoh, brek kenderaan
yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pemandu sukar mengawal
kenderaan ketika saat-saat kecemasan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu akan mudah
tersasar dan berlakunya kemalangan jalan raya ketika ingin menghentikan
kenderaan secara kecemasan. [AP] Jelaslah, kenderaan hendaklah diselenggara
dengan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh kerana Malang Tidak Berbau.
[76 pp]
Perenggan Isi 4 : Undang-undang – 5 Ayat
[AP] Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan
salah satu punca berlaku kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Dendaan dan
kompaun sebanyak RM300 bagi kesalahan berat seperti memandu melebihi had laju,
melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan kerana pemandu mampu bayar. [AC]
Selain itu, Ops Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan ketika
musim-musim perayaan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu tidak gentar melakukan
kesalahan di jalan raya kerana mereka mampu membayar denda yang dikenakan dan
beranggapan operasi hanya dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. [AP]
Jadi, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan pemantauan di kawasan
berbahaya hendaklah diambil untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan
maut. [93 pp]
Kesimpulan.
[Rumusan] Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan
tebing bagi menangani isu kemalangan jalan raya ini. [Cadangan] Segala usaha
yang dilaksanakan hendaklah berterusan dan istiqomah bukannya sekadar
hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
[Pendapat] Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah, barulah inisiatif
dirangka untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Isu kemalangan ini tidak boleh
dipandang sebelah mata sahaja kerana impaknya sangat besar kepada negara
terutamanya kerugian sumber tenaga yang produktif. [Harapan] Slogan Pandu
Cermat Jiwa Selamat hendaklah dijadikan pedoman bagi semua pengguna jalan raya
agar nyawa mereka terselamat. Ingat, jangan jadikan lebuh raya sebagai
gelanggang perlumbaan mahupun pusara kerana nyawa manusia merupakan satu
anugerah yang perlu dihargai
.
Sumber:http://kamarularnizam.blogspot.com/p/contoh-karangan-bahasa-melayu-a.html
No comments:
Post a Comment