maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur
melalui sistem pengangkutan awamnya. sekiranyasistem pengangkutan awam tidak
bersistematik akan menggambarkan pengurusan dan pentadbiran sebuah negara yang
lemah, tidak berdaya maju dan impaknya tidak menjana kepada pembangunan negara
apakah yang
dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam: ia merupakan satu perkhidmatan
pengendalian pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu
tempat termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan. sistem
perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan ini meliputi rangkaian
perjalanan dan perhubungan darat, udara dan juga di air. sistem pengangkutan
ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta. dalam
penyediaan rangkaian sistempengangkutan awam yang sistematik ia memerlukan
pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi. ianya disediakan oleh
pihak kerajaan ataupun pihak swasta dan sekaligus bermakna sistem pengangkutan
awam yang sistematik inidapat menjana kepada pembangunan negara.
melihat kepada
sistem pengangkutan di darat, ia meliputi perkhidmatan kenderaan awam seperti
bas,teksi, lori melibatkan juga perkhidmatan kereta api, LRT, monorel dan
seumpama dengannya. perkhidmatan ini memerlukan
penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan raya, lebuh raya,
landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik. untuk mendapatkan satu
sistem pengangkutan yang sistematik semuanya
memerlukan rangkaian perhubungan yang berteknologi tinggi dengan
kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan pelaburan dan
perbelanjaan kewangan yang dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara
seterusnya menjana pembangunan negara.
sistem
pengangkutan awam udara pula lagi memerlukan pengurusan dan perlaksanaan yang
bersistematik jika tidak sistem pengangkutannya tidak dapat berjalan dengan
lancar dan efisyen. sistem pengangkutan udara juga memerlukan lapangan terbang
yang berteknologi tinggi dengan konsep yang lebih moden bertaraf dunia serta
landasan yang dapat menampung pendaratan kapal terbang yang canggih. sistem
pengangkutan udara ini juga amat penting bagi negara kerana ia menyediakan
sistem pengangkutan yang pantasbagi pergerakan perjalanan yang jauh dan amat
diperlukan oleh orang ramai di serata dunia. sistem pengangkutan udara ini turut
menuntut pelaburan yang amat tinggi dan
turut membantu penjanaan pembangunan negara. negara akan turut dilihat
bertambah maju, berdaya saing apabila ada perkembangan pesat dan kemajuannya
tidak ketinggalan dalam industri penerbangan ini.
No comments:
Post a Comment