Dalam era pensejagatan ini kadar kemalangan jalan raya
semakin meningkat. Hal ini kerana dalam kehidupan yang serba pantas, kita
terpaksa mengejarkan masa kerana masa adalah emas. Oleh itu, untuk mengejarkan
masa kita perlu memandu dengan laju dan dengan hal ini tanpa disedari
berlakunya kemalangan jalan raya. Contohnya, peristiwa kemalangan yang berlaku
di Muar yang menimpa seorang rakyat Singapura baru-baru ini telah menimbulkan
kesedaran kepada orang ramai terutamanya pemandu kenderaan tentang soal
keselamatan. Persoalannya, adakah peningkatan kadar kemalangan jalan raya
berpunca daripada kecuaian pemandu kereta?
Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut tetapi tidak
seratus peratus. Memang saya tidak menafikan bahawa peningkatan kadar
kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan.Alasan
pertama ialah kecuaian pemandu yang mahu mengejar masa dan hendak tiba di
destinasi secepat mungkin. Dalam keghairahan untuk sampai di destinasi yang
dituju, pemandu lazimnya tidak menggunakan isyarat sewaktu menukar laluan. Hal
ini akan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Walaupun masa itu
penting, namun kita perlu memandu kenderaan dengan berhati-hati kerana kita
telah mempertaruhkan nyawa orang lain dan ahli keluarga sendiri. Contohnya isu
kemalangan yang berlaku di Muar mengakibatkan seluruh ahli keluarga terkorban
kecuali bayi yang berumur 2 bulan. Oleh itu, setiap pemandu kenderaan diseru
supaya berhati-hati di jalan raya bak pepatah, “biar lambat asal selamat”.
Alasan kedua, sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab dan
mengikut kehendak nafsunya. Pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol
ataupun minuman keras akan menimbulkan risiko kemalangan.Biasanya pemandu yang
memandu kenderaannya dengan keadaan mabuk akan hilang daya pertimbangan dan
menyebabkan kemalangan.
Alasan ketiga, sikap pemandu yang lalai atas perbuataannya.
Hal ini demikian kerana pemandu tidak memberi sepenuh perhatian ketika memandu.
Pemandu ada kalanya didapati menggunakan telefon bimbit semasa memandu
kenderaannya. Apa gunakan fungsi “Bluetooth” atau “earpiece”? Walaupun ada
panggilan yang diterima ketika memandu, pemandu tersebut tidak semestinya
dilarang menjawabnya malah pemandu boleh menjawab panggilan tersebut dengan
kegunaan fungsi telefon bimbit seperti “Bluetooth” dan “earpiece”. Oleh itu,
pemandu kenderaan tersebut dapat menjawab panggilan tersebut dan juga memandu
kenderaan pada masa yang sama dengan dua belah tangannya dan memberi sepenuh
perhatian ketika memandu.
Namun, kemalangan jalan raya bukan disebabkan kecuaian
pemandu kenderaan sahaja malah ada sebab-sebab lain. Sebab pertama ialah faktor
persekitaran.Contohnya, permukaan jalan raya menjadi licin pada waktu hujan.
Hal ini kerana permukaan jalan raya sering dibasahi air hujan.Pada Tambah waktu
hujan permukaan jalan raya menjadi licin. Keadaan ini boleh menyebabkan
kemalangan jalan raya. Setiap pemandu kenderaan harus berwaspada ketika memandu
ketika waktu hujan.
Sebab kedua ialah keadaan jalan raya yang agak sempit dan
sesak. Buktinya dalam masa menyambut Tahun Baru Cina sebanyak 90 kemalangan
jalan raya dilaporkan berlaku atas sebab pemandu kenderaan ingin menuju ke satu
destinasi yang berbeza tetapi menggunakan hala tujuan jalan raya yang sama.
Oleh itu, setiap pemandu kenderaan diseru supaya memandu dengan teliti,
terutamanya semasa musim perayaan kerana kenderaan di jalan raya semakin
bertambah.
Sebab ketiga ialah lampu isyarat yang tidak berfungsi Hari
demi hari, Apabila berlakunya kerosakan kepada lampu isyarat kemalangan mungkin
berlaku di jalan raya. Lantaran itu ramai nyawa yang terkorban. Oleh itu, pihak
perintah telah mengisytiharkan bahawa lampu isyarat harus diperbaiki dan
ditukarkan dengan baru jika perlu dalam tempoh sebulan sekali, supaya dapat
mengurangkan lampu isyarat yang rosak bagi mengelakkan kemalangan.
Daripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa peningkatan
kadar kemalangan jalan raya bukan sahaja berpunca daripada kecuaian pemandu
kenderaan tetapi juga disebabkan oleh faktor persekitaran dan keadaan jalan
raya yang sempit. Sebagai rakyat yang prihatin, kita perlu memandu kenderaan
dengan penuh hati-hati supaya tiada lagi nyawa yang terkorban. Oleh itu, kita
perlu berpegang kepada cogan kata “biar lambat asal selamat”. Dengan ini, kadar
kemalangan jalan raya dapat dikurangkan secara drastic
SUMBER:http://perbayudss.blogspot.com/2008/11/peningkatan-kadar-kemalangan-jalan-raya.html
No comments:
Post a Comment