Masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam
keranabanyak kelebihannya.Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada
masyarakat.
Rangka KaranganPendahuluan- Inovasi dalam sistem
pengangkutanIsi-isi Pentingi. mengurangkan kesesakan lalu lintasii. menjimatkan
masa dan kos perjalananiii. memudahkan perjalanan seseorangiv. mengurangkan
pencemaran alamPenutup- lebih banyak kebaikan menggunakan pengangkutan awam
K
Dunia sentiasa
mengalami inovasi dalam sistem pengangkutan darisemasa ke semasa. Dalam era
globalisasi kini, pelbagai jenis kenderaanyang moden telah dicipta bagi
menggantikan kenderaan yangkonvensional. Pada masa kini, terdapat pelbagai
jenis kenderaan awamseperti monorel, ERL, komuter, bas, teksi, kapal terbang
dan sebagainya.Pengangkutan awam yang moden itu pula mampu untuk
memainkanperanan yang penting kepada sesebuah negara untuk menuju ke
arahkemajuan. Dengan perkataan lain, pengangkutan awam yang terdapat dinegara
kita juga tidak kurang pentingnya kerana terdapat pelbagaikelebihan yang akan
diperoleh apabila masyarakat menggunakannya.Kelebihan utama pengangkutan awam
adalah dapat mengurangkankesesakan lalu lintas di ibu kota atau bandar-bandar
besar yang lain. Halini demikian kerana, kebanyakan rakyat Malaysia gemar
menggunakankenderaan sendiri terutamanya ketika ingin menuju ke tempat kerja.
Disamping itu, mereka kebiasaannya bersikap bagai enau di dalam beluka
melepaskan pucuk masing-masing ketika berada di jalan raya.
Perkara iniakhirnya mengakibatkan kesesakan jalan raya yang serius. Oleh hal
yangdemikian, pengangkutan awam seperti komuter, monorel, ERL (
Ex
pressRail Link
), LRT (
Light Rail Transit
)) dan sebagainya dapat memainkanperanan yang penting untuk
membendung masalah kesesakan jalan rayayang semakin kronik di ibu negara
kita.Penggunaan pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa dan
kosperjalanan. Sebagai contohnya, ERL dapat memendekkan masaperjalanan jika
dibandingkan dengan penggunaan kereta. Tambangpengangkutan awam seperti komuter
dan LRT juga amat berpatutanberbanding dengan masa perjalanannya yang telah
disingkatkan. Oleh itu, jika dibandingkan antara pengangkutan awam dengan
kenderaan biasa,masyarakat akan mendapat manfaat sekiranya
menggunakanpengangkutan awam. Harga petrol yang tidak menentu di pasaran
globaltelah memberi impak yang negatif kepada rakyat yang menggunakankenderaan
peribadi. Oleh hal yang demikian, banyak perbelanjaan bolehdijimatkan sekiranya
orang ramai menggunakan pengangkutan awam.Selain itu, pengangkutan awam juga
akan memudahkan perjalananseseorang. Dengan adanya pengangkutan awam seperti
ERL dan LRT,sistem pengangkutan yang lebih efisien berbanding dengan
kenderaanpersendirian dapat diwujudkan tambahan pula banyak tempat di ibu
kotayang termasuk dalam jaringan pengangkutan awam tersebut. Perkara inisekali
gus dapat meningkatkan kadar ketepatan atau kepantasanseseorang ke sesuatu
destinasi. Perkara ini seharusnya diberikanpertimbangan oleh anggota masyarakat
agar menggunakan kenderaanawam untuk ke sesuatu destinasi. Oleh itu, kenderaan
awam sepatutnyamenjadi pilihan utama masyarakat kerana kelebihannya banyak
sekali.Penggunaan pengangkutan awam yang lebih mesra alam pula akan
dapatmengurangkan pencemaran alam sekitar. Pengangkutan awam sepertimonorel,
LRT dan ERL ialah kenderaan awam yang mesra alam keranatidak mengeluarkan asap.
Hal ini secara langsung dapat membendungpencemaran alam sekitar terutamanya
pencemaran udara di negara kita.Perkara yang di sebaliknya pula akan berlaku
jika seseorangmenggunakan kenderaan persendirian mereka seperti kereta
ataumotosikal yang terbukti menyebabkan pencemaran alam sekitar. Jadi,
pihak berkuasa perlulah mengambil langkah yang sewajarnya
bagimenghalang pencemaran udara yang semakin serius pada masa ini,seperti kata
pepatah, ³Sediakan payung sebelum hujan´.Intihanya, pengangkutan awam mempunyai
kelebihan yang lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan penggunaan
kenderaan persendirian.Oleh itu, anggota masyarakat digalakkan untuk
menggunakanpengangkutan awam jika hendak pergi ke tempat kerja. Sekiranya
langkahini tidak diikuti sudah tentu banyak masalah yang terpaksa dihadapi
olehanggota masyarakat akibat pencemaran alam yang berpunca daripadaasap kereta
dan motosikal. Jadi, kita perlulah menyokong langkah kerajaanyang menggalakkan
penggunaan pengangkutan awam melalui kempenµkongsi kereta¶ untuk ke tempat
kerja. Sekiranya kempen ini mendapatsokongan daripada masyarakat, sudah tentu
masalah pencemaran udaradapat diatasi, di samping dapat menjimatkan perbelanjaan
anggotamasyarakat.Soalan 2
Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau
kitalihat sejak akhi-akhir ini.
K
eadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasikepentingan
semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakahlangkah-langkah untuk meningkatkan
semangat ini dankepentingannya.
.............Semangat kejiranan merujuk semangat membantu
masyarakatsetempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian
mereka.Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakatkita
sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyakkaedah yang
boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat iniberterusan kerana memang ada
kepentingannya..............Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua
konseprukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsiuntuk
mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malamhari. Aktiviti ini
memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaumyang mampu menanam semangat
kejiranan ketika melakukan rondaanbersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang
terjalin melalui rukuntetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran
Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakanpelbagai
majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumahterbuka dan hari
keluarga mampu menghidupkan semula semangat yangmurni ini. Semua jiran akan
beramah mesra dan mengenali satu sama lainmelalui majlis seperti ini.
Sesungguhnya, semangat kejiranan berupayatumbuh dengan subur berdasarkan majlis
sebegini..............Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan
mengadakankempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massaseluas
mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarikperhatian
masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoaltahap semangat
kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkanserta meningkatkan semangat
itu di kawasan mereka. Sememangnyakerajaan berperanan penting dalam memulakan
usaha memupuksemangat mulia ini..............Dalam masa yang sama sikap dan
persepsi masyarakat perluberubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat
kejiranan inisebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Semangatini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin
dilaksanakanoleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan
semangatkejiranan akan terus mekar dalam masyarakat
kita..............Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkansemangat
perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud dinegara ini pemupukan
konsep perpaduan amat strategik. Sesuatumasyarakat sesebuah negara itu
terbentuk daripada individu yang salingberjiran sebelum berkembang menjadi satu
umah. Oleh itu, semangatkejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep
perpaduan nasional.............Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh
dicapai melaluibeberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah
berusahauntuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat dinegara
ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri
No comments:
Post a Comment