SPAD
Visi
Menerajui
transformasi pengangkutan awam darat untuk menjadi mod pilihan rakyat
Misi
Memastikan
bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap, responsif,
mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar and lestari bagi
meningkatkan pertumbuhan ekonomi and kualiti hidup.
Fungsi SPAD
Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah badan berkanun yang di tubuhkan di bawah
akta Pengangkutan Awam Darat 2010. SPAD
ditubuhkan secara rasmi pada 3 Jun 2010.
Bagi
memastikan SPAD dapat melaksanakan tugas dan objektif penubuhannya secara lebih
efisyen dan efektif, SPAD telah diletakkan di bawah pengawasan YAB Perdana
Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sendiri.
Fungsi
utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawalselia
pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bas dan teksi serta
pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi.
Suruhanjaya
ini turut menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang
dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.
SPAD
memainkan peranan penting di dalam usaha membaik pulih perkhidmatan
pengangkutan awam darat di Malaysia, yang mana usaha ini salah satu agenda
utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pengangkutan awam bandar
seperti yang digariskan di dalam Pelan Transformasi Kerajaan, yang diterajui
oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
sumber: www.spad.gov.my/ms/mengenai-spad/profil
No comments:
Post a Comment